Installed programs doesn’t appear in Start Menu (Windows 7 x64bit)

1) There are two locations of Start Menu when a program is installed.
C:\ProgramData\Microsoft\Windows\Start Menu\Programs
C:\Users\Raksasabiru\AppData\Roaming\Microsoft\Windows\Start Menu\Programs

2) Go to either directory and look for the installed program.

3) Try open the folder. You can see that the folder requests permission to open.

4) Gain ownership of the folder.
Right click folder > Properties > Security > Advanced > Owner

5) Save/ Click Ok.

6) Try restarting your computer. For some case, the program you’ve installed will suddenly appear.

Good luck!

Keutamaan wali mengikut turutan

Sedang menjalani proses berdikusi bersama abah pasal kahwin. (Man… I’m getting married!) Did some research pasal SUSUNAN WALI. Maaf ye blog “tanya-ustaz”. Copy paste dari blog anda.

Mudah-mudahan berguna untuk kita semua.

1- Bapa
2- Datuk sebelah bapa hingga
ke atas
3- Saudara
lelaki seibu sebapa
4- Saudara lelaki sebapa
5- Anak saudara lelaki seibu
sebapa sehingga ke bawah
6- Anak saudara sebapa
sehingga ke bawah
7- Bapa saudara seibu sebapa hingga ke atas
8- Bapa saudara sebapa hingga ke atas
9- Anak lelaki bapa saudara ( sepupu ) seibu sebapa hingga ke bawah
10- Anak lelaki bapa saudara ( sepupu)sebapa hingga ke bawah
11- Tuan kepada hamba yg dibebaskan /dimerdekakan
12- Hakim atau sultan termasuk orang yg dilantik oleh sultan seperti kadi

RB : ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu dalam mencari keredhaanMu..Amin..

Posted with WordPress for BlackBerry.

Happy anniversary

Happy anniversary padia?.. Haha. Harini genap setahun aku bekerja di syarikat Proficient Resources Sdn Bhd. Genap setahun juga aku bekerja sebagai Project Engineer mengendalikan dua projek yang terletak di Pasir Gudang iaitu projek pembinaan Sekolah Rendah Taman Nusa Damai, dan sebuah kilang persendirian milik syarikat Swis Resources Sdn Bhd.

 

 

 

 

Terus terang aku memang tak pernah suka kerja dalam bidang construction sejak dari universiti. Tambahan lagi dengan pengalaman kerja dengan company kecil ala koboi, membuatkan aku berasa kerja di dunia construction adalah ibarat lembu bertopengkan manusia.

Memang betul baru setahun berkecimpung dalam dunia pembinaan belum cukup untuk membuatkan aku matang dalam membuat keputusan serta perancangan dalam urusan-urusan di site. Tambahan lagi memegang jawatan Project Manager bukanlah satu tugas yang mudah.

Aku selalu berkata dalam hati,

tak apa..setahun dua ni buat pekak je telinga..belajar dari kesilapan

Maki hamun adalah benda biasa di site. Telinga ni rasanya sikit lagi nak immune dengan bahasa-bahasa kesat dari bos-bos yang suka hati nak cakap apa depa nak cakap.

Selama setahun ini jugak, bermacam-macam orang aku kenal, dengan bermacam-macam perangai. Bermacam-macam pengajaran jugak yang aku dapat dengan berjumpa dengan bermacam-macam orang. Ada yang seronok, dan ada yang tidak sedap untuk diceritakan.

Paling jelas, dalam dunia construction, setiap orang mestilah sentiasa bersedia untuk menyelamatkan diri dari apa jua kesalahan atau kesilapan samada secara langsung ataupun tidak. Dalam bahasa kasarnya, selamatkan bontot masing-masing. Ini kerana, setiap orang akan menuding jari jika terdapat kesilapan. Orang terakhir yang tak dapat mengangkat jari untuk menuding akan menjadi mangsa untuk diserang bom-bom maki hamun.

Ada juga orang yang terlalu menjaga nama. Bila berjumpa dengan lain-lain orang, orang ini akan menceritakan perihal buruk orang lain sehingga menampakkan dirinya umpama hero. Orang ini juga akan muncul di tempat-tempat yang tidak wujud permasalahan di site. Bila ada masalah, dia akan berkata tidak tahu apa-apa, atau bukan atas pengawasan dirinya. Serius aku memang benci orang macam ni. (emo kejap)

Kadang-kadang aku rasa penat bekerja dalam bidang ni. Sudahla penat, stress, sunburn pulak tu… Hmmm..

Mungkin ni company terakhir aku bekerja dengan kontaktor. Rasa macam nak join consultant pulak. Cepat sikit dapat Ir..

Aplikasi WordPress untuk Blackberry

Dengan penuh kejakunan serta level curiousity mencapai tahap zirafah, aku menulis post ini menggunakan blackberry torch. Yelah.. Kelmarin kan semangat berblog dah datang sekejap menjenguk encik raksasabiru yang dah lama tidur. Hehehe..

Jika anda juga pengguna blackberry dan ingin mendapatkan application wordpress di dalam telefon anda, boleh download kat sini >> WordPress untuk Blackberry, menggunakan telefon berryhitam anda.

Agak cool jugak lah apps ni bagi bloggers noob macam aku. Selamat mencuba!

Semangat menulis blog….datanglah..

hampir dua tahun tidak menulis blog sejak post terakhir aku pada disember 2009. sebenarnya memang dah lama nak start menulis balik, tapi semangat yang datang dah hilang. tak tau mana pergi. oh, mungkin semangat menulis blog dah bertukar kepada semangat ber’photography‘. hehehe..

raksasaBIRU datang lagi

haha… macam iklan dindang pulak. hmm… setelah sekian lama mendiamkan diri, akhirnya aku kembali semula ke dunia blogger yang telah dihurung sawang dan debu-debu. cewah. aku rasa hampir 3 bulan jugak aku tak mengupdate blog ni. ape crita dulu sembang lebat kata nak “passion” menulis blog? haha

ok lah aku pun tak tau nak taip ape sebenarnye sekarang ni….

ohhh ade ade! pagi tadi aku merajinkan diri membuat air teh O di rumah orang tua ku di JB. disebabkan dah lama tak ke dapur, aku pun agak tertanya-tanya di mana letaknya segala bahan-bahan seperti gula, teh, dan sebagainya. disebabkan malas bertanya, segala ramuan membuat air teh O ku capai sambil membuat muka selamba.

err…. perlu kah aku menulis prosedur membuat air teh O? mane la tau ada newbie yang baru-baru nak belajar ke dapur. haha. tak perlu kot.. pakcik Google kan ada. taip aje “cara-cara membuat air teh O”.

so… seperti biasa, masukkan teh, masukkan gula, dan last, masukkan air panas. tiga langkah mudah. so, tak perlu tanya pakcik Google ye adik-adik. hehe. lalu, dengan konfidennya aku pun mengacau air teh O yang panas menggelegak tu dengan perlahan-lahan sambil menahan perasaan exited nak minum air teh O yang dibuat sendiri.

setelah menunggu beberapa minit bagi membiarkan teh larut, aku pun menuangkan air teh O ke dalam cawan. aku pun mencapai sekeping biskut tiger lalu dipatahkan dua dengan hasrat mencelup biskut ke dalam air teh O. dalam kepala ni terbayang akan perasaan damai memakan biskut tiger yang dicelup dengan air teh O yang suam-suam kuku sambil ditiup angin yang sepoi-sepoi bahasa. (ok aku imagine kat tepi laut)

aummmmm…….

biskut tiger yang dibasahi air teh O masuk ke dalam mulutku. dengan tidak semena-mena…

PEEEHHHFFFTTTUUUIIIHHHHHH!! MASIINNNN~~

aku terkesima serta pelik. dari mana datangnya rasa masin tu? tiba-tiba adik ku datang ke dapur, dan menegur…

hahaha.. bekas yang tu isi garam la abang izzat……

aku terkedu lalu tertunduk. sayup-sayup kedengaran suara manusia berdekah-dekah ketawa. oh… harini hari yang bersejarah….

Rock the World 9

Geng.. Jom gi!

Terjemah English kepada Bahasa Melayu dengan Google

Syarikat gergasi Internet, Google telah mengumumkan 9 bahasa baru telah ditambah ke dalam Google Translate termasuklah Bahasa Malaysia. 8 bahasa lain yang telah ditambah ialah Afrikaans, Belarusian, Icelandic, Irish, Macedonian, Swahili, Welsh dan Yiddish. Dengan penambahan 9 bahasa baru ini menjadikan jumlah bahasa yang terdapat di Google Translate ialah 51 jenis.

Google Translate adalah sebuah laman web yang berfungsi menterjemahkan pelbagai jenis bahasa kepada pelbagai jenis bahasa dan tulisan. Ia berfungsi sebagai kamus digital. Kalau dizahirkan kamus ini, mesti sangat-sangat tebal.

Google Translate bukan sahaja boleh menterjemahkan satu-perkataan sahaja, malah dua, tiga, atau 4 ribu patah perkataan! Ia juga boleh menterjemahkan sesebuah website. Cuba klik link ini untuk menterjemahkan website ini. klik. Tambahan pula, ia boleh juga menterjemahkan sesebuah dokumen. Setakat ni aku da cuba file word (.doc), dan hasilnya memuaskan!

Seperti kamus-kamus online lain, macam citcat.com, Google Translate akan menterjemahkan satu-persatu perkataan. Jadi, susunan ayat yang terhasil adalah tidak teratur. Google Translate juga tidak boleh menterjemahkan perkataan-perkataan singkatan yang kita gunakan seperti ni, ko, dan nak.

gt

pimp my “jalur lebar”

for decades, internet is well known by human being as a technology, as a need. everything is like on the finger tip. with couple of clicks, we can get and do like everything and anything in the world. entertainments, news, gossips, shopping, make friends, and much more.

having a super-bad internet speed connection for me is like a disaster. it is even worst when my housemate yelled, “server down!!” when there is no internet connection in my house that is usually happen.

internet is like a part of my body. without it, i felt lost, handicapped. my life would be meaningless. i don’t know what to do. boredom ignites from every corner of my room that i sight.

in our beloved country, the word “broadband” or in Malay “jalur lebar” is not rare anymore. we can say that every telecommunication company provides broadband with assorted benefits.

well, the most “otai” is Streamyx. Streamyx has been established in Malaysia for years. however, the performance and services they provide are still not in satisfactory.

i still remember a time ago, i called the customer careline for a support about my internet connection problem. guess what she said?

i’m sorry, we can’t help you. we have to collect more complaint for futher action

is this what we called “customer always right”? don’t i pay hundreds every month for their services?

lately, Streamyx is having hell slow connection. and yet, their reason is still the same, “under water cable problem”. supposed 1Mbps speed, yet we get like half from it. sometimes, no connection at all. doesn’t it sucks for every subscribed customer?

dear DIGI, please pimp my “jalur lebar”…

pimp my broadband

vote me!

dot

in every second
i just cant put my head
away from that pictures of yours
taken with a guy
that used to be my wanna-be-guy.
and i just cant believe
you could say that L word to him..

you’ve cried twice in front of me.
i thought it was for me..
you don’t know how i felt relieved when i thought you cried for me…

i still remember our last days spent together.
you know what dear,
i realized from the look of your face how your heart changed from that day.
yes you laughed.
yes you shed tears.
but i know you.
i can read you.
we’ve known for quite a long time..

how can i be so numb loving you by neglecting all those black dots you’ve put in my heart?
how i wish i could read your heart and see if i’m still there….

thanks for just being you..

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.