cendol

cendol adalah sejenis minuman yang terkenal sejak dahulu kala lagi. ia diperbuat daripada campuran bahan bahan mudah seperti santan dan air gula. ia kebiasaannya dibuat oleh mamak ataupun mappley di tepi tepi jalan.

kelazatan serta keenakan cendol memang tidak dapat dipertikaikan lagi terutama apabila kehausan yang keterlaluan melanda di tengah panas terik.

sebenarnya, tujuan aku menulis pasal cendol ni, bukan lah aku nak buat review pasal cendol. tapi, aku nak membuat catatan resepi membuat cendol setelah meng’interview’ seorang akak yang mempunyai kedai cendol terlaris kat Masai tadi dan semalam. tapi, aku terlupa nak tanya sape nama akak tu… adess… sori kak…

lame gak aku berborak dengan akak tu. semalam, aku duduk kat kedai dia, (bukan kedai sebenarnya, tapi adalah lori serba guna yang boleh transform jadi kedai). borak punya borak, tak sedar aku da makan 2 mangkuk cendol. huhu. sedap beb. lagi pun, aku memaksa diri aku makan 2 mangkuk cendol untuk mengampu akak tu supaya membocorkan rahsia kejayaannya. sori lagi skali kak.. walaupun akak tak baca blog ni, tapi cendol akak memang best.

ok first yang penting adalah benda alah yang warna hijau tu. kalau difikir secara kreatif, ia berupa hingus yang pekat. tapi kalau difikir secara eksotik, ia adalah ulat beluncas. aku ada tanya dia adakah benda tu dia buat sendiri atau dia ambil dari orang. ternyata dia buat sendiri benda tu. dulu, dia buat benda tu secara manual, kena kacau sendiri guna tangan etc, tapi sekarang setelah bisnesnya maju, dia menggunakan mesin. penat katanya kena kacau setengah jam sampai berkilat.

err.. sebenarnya, aku tak tanya pun apa bahan bahan yang digunakan untuk dia buat benda hijau tu. sebab aku tak bercadang pun nak buat sendiri benda tu. macam susah je. so, kalau anda berharap aku tulis pasal cara cara membuat benda hijau tu, minta maaf. anda boleh search semula kat google. aku banyak tanya dia bahan bahan lain, macam gula, santan, kacang, dan pulut.

aku cuba short list kan sendiri apa yang aku dapat hasil daripada temuramah aku bersama encik akak. mungkin berguna untuk aku sendiri di masa hadapan.

  1. untuk santan, didihkan air terlebih dahulu. setelah air mendidih, perlahankan api, kemudian baru masukkan santan. letak daun pandan dan garam. 2kg air, untuk 5kg santan.
  2. untuk gula, sediakan gula melaka dan gula pasir. panaskan 1 liter air, 6 ketul gula melaka, dan 2kg gula pasir. juga diletakkan daun pandan. untuk menjadikan gula kelihatan pekat, tambahkan tepung ubi.
  3. untuk kacang, kacang yang digunakan adalah kacang merah spesis besar, seperti dalam gambar di atas. didihkan kacang bersama dengan seketul gula melaka. letakkan sedikit garam.
  4. untuk pulut, tanak pulut seperti menanak nasi. tetapi air tidak boleh terlalu banyak untuk mengelakkan pulut menjadi lembik. letakkan garam dan daun pandan. jenama pulut yang digunakan adalah Faiza.
  5. menurut pemerhatian aku, akak tu menggunakan satu senduk besar sebagai sukatan untuk semangkuk cendol. satu senduk gula, dan satu senduk santan.
  6. ais yang digunakan pula adalah jenis kiub yang dipecahkan.
  7. harga pasaran bagi cendol yang akak tu jual; cendol biasa RM 1.30, cendol pulut RM 1.50, cendol kacang RM 1.50, cendol kacang + pulut RM 2.00

ok. sekarang anda pasti tertanya tanya kenapa aku bersemangat mencuri resepi cendol akak ni kan? hehe.. aku sebenarnya bercadang nak berniaga cendol kat bazar ramadhan sempena bulan puasa ni. tu yang semangat mencari resepi. benda hijau tu aku cadang nak amek dari mana mana supplier yang ada buat. cendol ejay kot. kalau takda, terpaksalah beli kat Wellward yang jual paket paket da siap. btw, thanks kepada cik hana yang memperkenalkan aku kepada cendol akak ni. kalau tak, tak tau lah aku camana nak buat.

harap harap berjaya lah bisnes kali ni. kalau tak berjaya pun, tak pelah. asalkan ada pengalaman. at least, terisi lah jugak masa aku disamping mendapat sedikit sebanyak duit poket menjelang hari raya nanti..

  1. haha.memang style la cendol ni.ko nak cendol aku?banyak gak ni

  2. hahaha…
    bole jat.. aku yakin kat ko..
    truskan cita2 yg x kesampaian kita…

    • badri
    • December 7th, 2009

    macam mana skrg masih berniga lagi ke,tlg cerita cabaran semasa jual cendul

      • raksasa.BIRU
      • December 11th, 2009

      da tak berniaga… berniaga kat bazar ramadhan je. cabaran dia…….. nak masak kacang yang besar tu… amek masa lama.. kena rendam dulu baru cepat masak bila rebus.

  3. info yg aku dok cari.. memang cadang nak try jual cendol pulak..sekarang ni dok jual jus jambu kat tepi jalan..memang masyuk.. nak cuba pulak jual cendol pulut.. :) terima kasih byk2 info yg bagus!

      • raksasa.BIRU
      • December 25th, 2009

      hullamak… caya la lu bro… siap buat ebook! agak teruja sebentar.. info aku ni tak seberapa bro… info pasal jambu yang bro buat tu yang tak tahan. sehari sampai rm300??? gile lah. all the best ar bro!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: