Installed programs doesn’t appear in Start Menu (Windows 7 x64bit)

1) There are two locations of Start Menu when a program is installed.
C:\ProgramData\Microsoft\Windows\Start Menu\Programs
C:\Users\Raksasabiru\AppData\Roaming\Microsoft\Windows\Start Menu\Programs

2) Go to either directory and look for the installed program.

3) Try open the folder. You can see that the folder requests permission to open.

4) Gain ownership of the folder.
Right click folder > Properties > Security > Advanced > Owner

5) Save/ Click Ok.

6) Try restarting your computer. For some case, the program you’ve installed will suddenly appear.

Good luck!

Keutamaan wali mengikut turutan

Sedang menjalani proses berdikusi bersama abah pasal kahwin. (Man… I’m getting married!) Did some research pasal SUSUNAN WALI. Maaf ye blog “tanya-ustaz”. Copy paste dari blog anda.

Mudah-mudahan berguna untuk kita semua.

1- Bapa
2- Datuk sebelah bapa hingga
ke atas
3- Saudara
lelaki seibu sebapa
4- Saudara lelaki sebapa
5- Anak saudara lelaki seibu
sebapa sehingga ke bawah
6- Anak saudara sebapa
sehingga ke bawah
7- Bapa saudara seibu sebapa hingga ke atas
8- Bapa saudara sebapa hingga ke atas
9- Anak lelaki bapa saudara ( sepupu ) seibu sebapa hingga ke bawah
10- Anak lelaki bapa saudara ( sepupu)sebapa hingga ke bawah
11- Tuan kepada hamba yg dibebaskan /dimerdekakan
12- Hakim atau sultan termasuk orang yg dilantik oleh sultan seperti kadi

RB : ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu dalam mencari keredhaanMu..Amin..

Posted with WordPress for BlackBerry.

Happy anniversary

Happy anniversary padia?.. Haha. Harini genap setahun aku bekerja di syarikat Proficient Resources Sdn Bhd. Genap setahun juga aku bekerja sebagai Project Engineer mengendalikan dua projek yang terletak di Pasir Gudang iaitu projek pembinaan Sekolah Rendah Taman Nusa Damai, dan sebuah kilang persendirian milik syarikat Swis Resources Sdn Bhd.

 

 

 

 

Terus terang aku memang tak pernah suka kerja dalam bidang construction sejak dari universiti. Tambahan lagi dengan pengalaman kerja dengan company kecil ala koboi, membuatkan aku berasa kerja di dunia construction adalah ibarat lembu bertopengkan manusia.

Memang betul baru setahun berkecimpung dalam dunia pembinaan belum cukup untuk membuatkan aku matang dalam membuat keputusan serta perancangan dalam urusan-urusan di site. Tambahan lagi memegang jawatan Project Manager bukanlah satu tugas yang mudah.

Aku selalu berkata dalam hati,

tak apa..setahun dua ni buat pekak je telinga..belajar dari kesilapan

Maki hamun adalah benda biasa di site. Telinga ni rasanya sikit lagi nak immune dengan bahasa-bahasa kesat dari bos-bos yang suka hati nak cakap apa depa nak cakap.

Selama setahun ini jugak, bermacam-macam orang aku kenal, dengan bermacam-macam perangai. Bermacam-macam pengajaran jugak yang aku dapat dengan berjumpa dengan bermacam-macam orang. Ada yang seronok, dan ada yang tidak sedap untuk diceritakan.

Paling jelas, dalam dunia construction, setiap orang mestilah sentiasa bersedia untuk menyelamatkan diri dari apa jua kesalahan atau kesilapan samada secara langsung ataupun tidak. Dalam bahasa kasarnya, selamatkan bontot masing-masing. Ini kerana, setiap orang akan menuding jari jika terdapat kesilapan. Orang terakhir yang tak dapat mengangkat jari untuk menuding akan menjadi mangsa untuk diserang bom-bom maki hamun.

Ada juga orang yang terlalu menjaga nama. Bila berjumpa dengan lain-lain orang, orang ini akan menceritakan perihal buruk orang lain sehingga menampakkan dirinya umpama hero. Orang ini juga akan muncul di tempat-tempat yang tidak wujud permasalahan di site. Bila ada masalah, dia akan berkata tidak tahu apa-apa, atau bukan atas pengawasan dirinya. Serius aku memang benci orang macam ni. (emo kejap)

Kadang-kadang aku rasa penat bekerja dalam bidang ni. Sudahla penat, stress, sunburn pulak tu… Hmmm..

Mungkin ni company terakhir aku bekerja dengan kontaktor. Rasa macam nak join consultant pulak. Cepat sikit dapat Ir..

Aplikasi WordPress untuk Blackberry

Dengan penuh kejakunan serta level curiousity mencapai tahap zirafah, aku menulis post ini menggunakan blackberry torch. Yelah.. Kelmarin kan semangat berblog dah datang sekejap menjenguk encik raksasabiru yang dah lama tidur. Hehehe..

Jika anda juga pengguna blackberry dan ingin mendapatkan application wordpress di dalam telefon anda, boleh download kat sini >> WordPress untuk Blackberry, menggunakan telefon berryhitam anda.

Agak cool jugak lah apps ni bagi bloggers noob macam aku. Selamat mencuba!

Semangat menulis blog….datanglah..

hampir dua tahun tidak menulis blog sejak post terakhir aku pada disember 2009. sebenarnya memang dah lama nak start menulis balik, tapi semangat yang datang dah hilang. tak tau mana pergi. oh, mungkin semangat menulis blog dah bertukar kepada semangat ber’photography‘. hehehe..

raksasaBIRU datang lagi

haha… macam iklan dindang pulak. hmm… setelah sekian lama mendiamkan diri, akhirnya aku kembali semula ke dunia blogger yang telah dihurung sawang dan debu-debu. cewah. aku rasa hampir 3 bulan jugak aku tak mengupdate blog ni. ape crita dulu sembang lebat kata nak “passion” menulis blog? haha

ok lah aku pun tak tau nak taip ape sebenarnye sekarang ni….

ohhh ade ade! pagi tadi aku merajinkan diri membuat air teh O di rumah orang tua ku di JB. disebabkan dah lama tak ke dapur, aku pun agak tertanya-tanya di mana letaknya segala bahan-bahan seperti gula, teh, dan sebagainya. disebabkan malas bertanya, segala ramuan membuat air teh O ku capai sambil membuat muka selamba.

err…. perlu kah aku menulis prosedur membuat air teh O? mane la tau ada newbie yang baru-baru nak belajar ke dapur. haha. tak perlu kot.. pakcik Google kan ada. taip aje “cara-cara membuat air teh O”.

so… seperti biasa, masukkan teh, masukkan gula, dan last, masukkan air panas. tiga langkah mudah. so, tak perlu tanya pakcik Google ye adik-adik. hehe. lalu, dengan konfidennya aku pun mengacau air teh O yang panas menggelegak tu dengan perlahan-lahan sambil menahan perasaan exited nak minum air teh O yang dibuat sendiri.

setelah menunggu beberapa minit bagi membiarkan teh larut, aku pun menuangkan air teh O ke dalam cawan. aku pun mencapai sekeping biskut tiger lalu dipatahkan dua dengan hasrat mencelup biskut ke dalam air teh O. dalam kepala ni terbayang akan perasaan damai memakan biskut tiger yang dicelup dengan air teh O yang suam-suam kuku sambil ditiup angin yang sepoi-sepoi bahasa. (ok aku imagine kat tepi laut)

aummmmm…….

biskut tiger yang dibasahi air teh O masuk ke dalam mulutku. dengan tidak semena-mena…

PEEEHHHFFFTTTUUUIIIHHHHHH!! MASIINNNN~~

aku terkesima serta pelik. dari mana datangnya rasa masin tu? tiba-tiba adik ku datang ke dapur, dan menegur…

hahaha.. bekas yang tu isi garam la abang izzat……

aku terkedu lalu tertunduk. sayup-sayup kedengaran suara manusia berdekah-dekah ketawa. oh… harini hari yang bersejarah….

Rock the World 9

Geng.. Jom gi!