Archive for April, 2009

last paper

imgp8171

at last, final exam da habis.. agak lega la rasa. walaupun banyak lagi kerja tak siap. psm psm psm…. hmm pape pun, rasenye ni lah exam yang last dalam hidup aku sebagai seorang student. tu pun kalau aku tak sambung belajar. nak sambung ke tak eh? orang kate, baik kerja. kerja 4/5 tahun, pastu amek IR. gaji IR lagi besar dari master. klu sambung master, nak kena tunggu 2 tahun. baru boleh kerja. so da rugi 3 tahun untuk amek IR compare dengan mereka yang lepas ni terus kerja.

sebenarnya aku memang nak sambung belajar. tapi kedua orang tua aku tak mengizinkan. yelah.. sebab aku anak sulung. adik beradik pun ramai. habis belajar ni ada 2 orang adik nak masuk universiti. kalau aku sambung belajar, da jadi 3 orang depa nak sponsor. bapak aku pun bukan tokei balak. kalau dia tokei balak, memang aku da ketuk da mintak sambung blaja kat jepun. huhu. nak mintak pinjaman, pointer tak gempak. cukup cukup makan je. hm… ape lah nasib ko ni labu..

ok ni list pilihan yang aku ada untuk sara hidup aku kalau aku sambung blaja tanpa bergantung kepada biasiswa pakdanmak:

  1. ptptpu. eh… ptptn. kena apply sendiri. tak tau camana nak apply.
  2. jadi RA. kalau ada kerja kosong dan kalau ada lecturer recommend.
  3. jadi tutor. tapi setahu aku, jadi tutor ni kontrak. jadi staf universiti. kontrak dalam 4 tahun la.. yeke?
  4. kerja part time
  5. bisnes jual orang. haha. nak mampuih?

susah gak sebenarnye nak sambung belajar. baru aku tau..

jiwaku berantakan

l_cc49d48b7f78259666ea7b675baa26c5

camni lah keadaan aku sekarang. tension beb. PSM aku tak siap siap lagi. setiap hari duduk kat lab, tapi kerja tak siap siap gak. yelaa cube bayangkan, untuk render simulation kat komputer tu, amek masa sampai 4 jam. 4 jam beb! pastu, bila dah render, data yang kita nak, tak sepatutnya jadi camtu. kalau ralat sikit sikit ok lagi. tapi ralat besar nak mampus. sampai tak logik. so nak taknak kena la ulang semula rendering kat software tu, sampai dapat (ade la dalam 18 kali aku render stakat ni). aku memerlukan 5 kali rendering untuk 5 data. tapi skarang, 1 data pun tak siap lagi. mau tak pecah kpale aku duk ngadap bende tu hari hari? anak bini kat rumah tu da brape hari tak makan sebab aku tak balik balik lagi. (cerita tipu) minggu depan da present. jumaat ni mesti nak kena siap semua kerja, termasuk poster dan teknikal paper sebab encik zaki mesti nak tengok… arrrgggghh^%^&$@!! uuurrrppp~ (ahhh…sedap gak siput sedut masak lemak kat warung pojok tadi)

trivia : untuk menghilangkan stress.. ikuti langkah langkah yang ditunjukkan dalam post ni >> klik

mimpi anjing

dalam susasana yang genting macam sekarang ni, dengan final projek tak siap siap lagi, dengan final exam lagi 2 paper, aku telah mendapat mimpi yang pelik. malam tadi aku mimpi aku ada bela seekor anak anjing yang bersaiz kucing dewasa. oh damn..tak pernah terlintas pun kat kpale aku nak bela anjing.

yang paling tak bleh bla… aku siap bergurau gurau dengan anjing tu. die punya lah suka kat aku sampai molampat back flip! seyes beb.. backflip. aduyaaii… pening kpale aku. nape lah aku bleh dapat mimpi camtu. mimpilah bela hamster ke… dolphin ke… ni anjing.. wtf?

hmmm… sebenarnye mase aku mimpi tu, aku ade teringat satu video yang aku tgk kat youtube beberapa hari lepas berkenaan penjelasan membela anjing di sisi islam.

daripada video tu, dapat disimpulkan bahawa anjing tu tak lah sejijk yang kita anggap selama ni. nampak anjing, terus jauh jauh lari. takut kena samak. kalau anjing masuk rumah, satu rumah kena samak. tidak. islam itu mudah. tidak perlu rumitkan keadaan.tolong betulkan kalau aku salah.

senaman untuk menghilangkan stress dan mengantuk

download

ok kita mula dengan memanaskan badan. tarik nafas dalam dalam

downloada

kemudian, longgarkan otot otot bahu anda

download_21

hati hati dengan serangan hendap dari musuh

download_4

pegang kepala anda, dan hayunkan ke kanan

download_31

setelah penat, hayunkan ke kiri

download_5

mungkin anda akan berasa pening sekarang ini. pusingkan kepala anda sebanyak 360 darjah

download_6

capai apa sahaja objek berdekatan anda dan hentakkan ke muka anda. ini akan melancarkan peredaran darah terutama pada luka luka yang akan terhasil

download_7

dengan senyuman, kapaikan tangan anda seperti anda mahu terbang ke awan

download_8

getarkan seluruh tubuh anda seperti ini

download_9

dengan agresif, buatkan diri anda seperti digoncangkan oleh seekor raksasa yang berwarna biru

download_10

hilangkan bau badan anda

download_11

putarkan kepala anda seperti ini

download_12

ajak rakan atau housemate anda untuk bergoyang bersama anda

download_13

tahniah.. anda kini tidak lagi mengantuk mahupun stress

polaroid (akustik) – oh chentaku


I’m calculating what’s left inside me
When everything I left were my life and my dreams
And every time you were proud of what you were not
This is the truth and it’ll be a history

I gave you everything, I gave up my life and they were all for you,
you’ve ruined everything!
I gave you everything and I gave up my life
And they were all for you! (And they were all for you)

I wonder what went wrong, it became like this
when I’m not pretty sure (No, I’m not pretty sure)
After all the crossings we’ve been through,
it’s not suppose to be like this. Why?

And every time you’re fucking proud of what you’re not
I hate the truth but still it’ll be a history

I swear you will know this somehow
Before it’s too late and dies
Realities are so complicated
I wish to see the truth shines brightly in your eyes

It’s even for me, and even for you
Just try to understand…
You and me, yeah I remember,
Look how we were meant to be!

masa mula mula aku dengar lagu ni kat youtube, version full, biase je. xde perasaan. then beberapa hari lepas, aku ternampak lagu ni kat profile ammenes (housemate aku a.k.a. adik angkat 60 cent) dalam tagged. aku pun try la bukak. pehhh… skali layaaannn daa.. u rock bro! malaysia boleh!

kenapa raksasa.BIRU?

actually, nama raksasabiru adalah username aku dalam YouTube. baru je akaun tu. aku pun tak tau kenapa aku pilih nama raksasabiru. kenapa raksasa? kenapa biru? kenapa tak ayam ke.. kucing ke… dan kenapa tak warna oren ke kelabu asap ke..? ayam.KELABUASAP ….. atau kucing.OREN..

oklaa.. secara teorinya, aku memang suka warna biru. biru laut.  sebab melambangkan kedamaian. ketenangan. moto aku pun aku spray warna biru laut.  so untuk soalan “kenapa biru”, dah terjawab. hehe

untuk soalan… kenapa raksasa?  raksasa adalah sejenis makhluk yang dikatakan besar.. dan biasanya menakutkan. ada sape2 penah nampak raksasa? kat tv penah la kot..(ada ke raksasa dalam dunia ni?) kalau tengok tv3 pukul 2.30 pm setiap hari, peh… memang layan. cerita dongeng indon.  taktau skang ni ade lagi ke tak. memang banyak raksasa dalam cite tu. warne hitam, warna putih, warna hijau. smua ada. da macam funfair aku tengok.  tu smua kategori raksasa yang menakutkan dan tak hensem. cuba kita alihkan imaginasi kita, pada cerita Monster Inc. tak ke comel raksasa raksasa dalam tu? cam mamat mamat ni:

monster

sebenarnya aku membayangkan raksasa ni macam diri aku sendiri.  dan semua orang dalam dunia ni juga adalah raksasa. setiap jenis raksasa mempunyai keunikan tersendiri. ada yang mata 8, ada yang hidung kat dahi, ada yang takda badan (macam raksasa hijau kat atas ni). diorang akan hidup sesama raksasa dan menjalankan aktiviti seharian seperti biasa. disebabkan diorang ni raksasa, diorang tak rasa pelik pun bila tengok member member raksasa dorang lain dari sifat fizikal dorang. sebabkan dorang tak rasa pape, kadang kadang kewujudan member member raksasa dorang sendiri pun dorang tak rasa. padahal setiap raksasa adalah unik.

sebab apa? sebab…… keunikan raksasa yang tak disedari tu, tidak ditonjololkan. dia hanya menjalani kehidupan seperti biasa, tanpa ada sesuatu yang boleh membuatkan keunikan diri dia terserlah. orang bandar kate, low profile. so… disebabkan dia terlalu low profile, kewujudan dia kat dunia raksasa seperti tak diendahkan.

setiap manusia di muka bumi ni ada keunikan masing masing. ada bakat masing masing. ada “passion” masing masing. kadang tu, kita tak tahu ape keunikan kita sebenarnya. bila kita sendiri pun tak tahu apa keunikan kita, macamana orang lain nak tahu keunikan kita?

kenapa perlu sangat orang lain tahu ape keunikan kita?

pada pendapat aku yang jahil serta tak pandai menulis ni, keunikan tu memang sangat sangat penting. penting bagi orang yang nak hidup dia lebih baik dari orang lain. lebih baik daripada rakan sekerja yang sama sama baru masuk kerja dan mempunyai ijazah yang sama.  keunikan tak perlu sesuatu yang bukan diri kita. jadi diri kita sendiri, bersungguh sungguh, itu juga boleh dipanggil unik.

pada aku… keunikan akan menghasilkan permintaan. permintaan akan menghasilkan nama. nama akan menghasilkan duit.

ok sekarang soalan “kenapa raksasa” dah terjawab. sebabkan aku pun da penat.. maka berakhirlah post ini…

ape maksud ditonjolkan yang aku cuba sampaikan ni? to be continue..

amanat terakhir

hints

“..hidup mesti berpegang pada prinsip.. bukan pada duit..”

Encik Abdul Zaki bin Abdul Wahid
Pensyarah Subjek Pembinaan Bangunan
Kelas Terakhir ,16 April 2009