aku suka..

semua orang dalam dunia ni ada benda yang die suka. binatang ade ke? tak tau lah kalau binatang pun ade interest. sebab aku bukan binatang.  kalau kata arnab suka mkan lobak, itu bukan suka. itu adalah tabiat.

aku saja buat list ni supaya aku sendiri tau ape yang aku nak sebenarnya dalam hidup ni. aku taknak jadi seorang yang kerja sebab terpaksa. bangun pagi pagi, gi kerja, balik kadang sampai malam, kerja pun penat. kalau gaji pun besar kire berbaloi la jugak. tapi… sampai bile nak camtu?

kalau fikir fikir balik, hidup kite ni macam hamster sebenarnye. duduk dalam sangkar. lari kat roller tu sampai penat. pastu makan kuaci. lepas makan tido. bangun tido main lagi lari  lari.  camtu je lah.  setiap hari. robert kyosaki kata dalam buku dia, rich dad poor dad,  hidup kita ni ibarat “rat race”. setiap hari kita akan ulang benda yang sama. melainkan, kita ada buat something yang boleh keluarkan kita dari rat race tu. macamana? kena lah baca buku tu… takkan smua aku nak crite kot.. haha

so… here it goes :

  1. aku suka muzik instrument. gitar, drum, bass, keyboard dan segalanya melibatkan muzik. cuma nyanyi je tak reti. haha. tak smua aku reti main. tapi passion ada la. cuma takde rezeki nak blaja.
  2. aku suka komputer. segalanya pasal komputer. dlu aku addict. sebab bru bli komputer. so macam macam benda aku explore.  aku sanggup duk berjam jam depan komputer untuk explore something guna google.  banyak benda aku blajar sendiri. buat web, photoshop, flash, dreamweaver, archicad,  dan banyak lagi.
  3. aku suka art. smua bende yang pelik pelik pada aku adalah art. rumah, baju, kereta, orang…
  4. aku suka belajar benda yang aku suka. duit? masa? smua tu dah tak pikir dah. janji aku dapat kuasai bnde tu.
  5. aku suka duit. atau lebih saintifiknya bisnes. macam macam aku pernah jual. jual orang je blum lagi.. haha
  6. aku suka javelin. walau pun tak hebat.. tapi aku sangat suka sukan itu…
  7. aku suka tiru orang. yup. tapi… bukan tiru bulat bulat la. biasenya aku akan tiru, dan improve. contohnya pakaian, cara bercakap, idea, bende bende grafik, dan banyak lagi
  8. takde idea lah plak.. nanti kalau ade aku tambah

post ni sebenarnya nak memberitahu diri aku sendiri, ape passion aku. ape bende yang betul betul aku nak buat dalam hidup. sebab… pernah satu ketika, aku termenung sendiri. masa tu memang banyak benda aku nak commit. busy. kusut. semua ada. pastu aku terfikir.. kenapa semua benda aku nak capai dalam satu masa? apa yang aku nak sebenarnya? memang tension ar masa tu. kalau nak kate minat, semua benda kita nak minat kan. tapi sampai bila nak minat je? last last… kita buat kerja yang memang tak pernah terlintas langsung dalam otak kita. kerja pun terpaksa. kalau tak terpaksa pun, pasrah. yelah… takkan tak kerja duk umah goyang tutt je. nak makan ape?

sebagai penutup kata, aku selitkan serangkap peribahasa sebagai tatapan aku sendiri di kala bosan.

yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran..

  1. “hidup kite ni macam hamster sebenarnye”

    ko hamster ke eijat?patut la ….hehehe.nice.keep it up

  2. hidup ne kena ada passion.
    kalau takde passion, hidup kau tak bermakna.
    kita takmaw jadi macam orang yang makan,tido,g keje,makan gaji tiap2 hari dan puas dengan semua benda tu.
    orang mcm tu takde tujuan idup.
    nway nice blog.happy berblog incik ijat.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: