kenapa raksasa.BIRU?

actually, nama raksasabiru adalah username aku dalam YouTube. baru je akaun tu. aku pun tak tau kenapa aku pilih nama raksasabiru. kenapa raksasa? kenapa biru? kenapa tak ayam ke.. kucing ke… dan kenapa tak warna oren ke kelabu asap ke..? ayam.KELABUASAP ….. atau kucing.OREN..

oklaa.. secara teorinya, aku memang suka warna biru. biru laut.  sebab melambangkan kedamaian. ketenangan. moto aku pun aku spray warna biru laut.  so untuk soalan “kenapa biru”, dah terjawab. hehe

untuk soalan… kenapa raksasa?  raksasa adalah sejenis makhluk yang dikatakan besar.. dan biasanya menakutkan. ada sape2 penah nampak raksasa? kat tv penah la kot..(ada ke raksasa dalam dunia ni?) kalau tengok tv3 pukul 2.30 pm setiap hari, peh… memang layan. cerita dongeng indon.  taktau skang ni ade lagi ke tak. memang banyak raksasa dalam cite tu. warne hitam, warna putih, warna hijau. smua ada. da macam funfair aku tengok.  tu smua kategori raksasa yang menakutkan dan tak hensem. cuba kita alihkan imaginasi kita, pada cerita Monster Inc. tak ke comel raksasa raksasa dalam tu? cam mamat mamat ni:

monster

sebenarnya aku membayangkan raksasa ni macam diri aku sendiri.  dan semua orang dalam dunia ni juga adalah raksasa. setiap jenis raksasa mempunyai keunikan tersendiri. ada yang mata 8, ada yang hidung kat dahi, ada yang takda badan (macam raksasa hijau kat atas ni). diorang akan hidup sesama raksasa dan menjalankan aktiviti seharian seperti biasa. disebabkan diorang ni raksasa, diorang tak rasa pelik pun bila tengok member member raksasa dorang lain dari sifat fizikal dorang. sebabkan dorang tak rasa pape, kadang kadang kewujudan member member raksasa dorang sendiri pun dorang tak rasa. padahal setiap raksasa adalah unik.

sebab apa? sebab…… keunikan raksasa yang tak disedari tu, tidak ditonjololkan. dia hanya menjalani kehidupan seperti biasa, tanpa ada sesuatu yang boleh membuatkan keunikan diri dia terserlah. orang bandar kate, low profile. so… disebabkan dia terlalu low profile, kewujudan dia kat dunia raksasa seperti tak diendahkan.

setiap manusia di muka bumi ni ada keunikan masing masing. ada bakat masing masing. ada “passion” masing masing. kadang tu, kita tak tahu ape keunikan kita sebenarnya. bila kita sendiri pun tak tahu apa keunikan kita, macamana orang lain nak tahu keunikan kita?

kenapa perlu sangat orang lain tahu ape keunikan kita?

pada pendapat aku yang jahil serta tak pandai menulis ni, keunikan tu memang sangat sangat penting. penting bagi orang yang nak hidup dia lebih baik dari orang lain. lebih baik daripada rakan sekerja yang sama sama baru masuk kerja dan mempunyai ijazah yang sama.  keunikan tak perlu sesuatu yang bukan diri kita. jadi diri kita sendiri, bersungguh sungguh, itu juga boleh dipanggil unik.

pada aku… keunikan akan menghasilkan permintaan. permintaan akan menghasilkan nama. nama akan menghasilkan duit.

ok sekarang soalan “kenapa raksasa” dah terjawab. sebabkan aku pun da penat.. maka berakhirlah post ini…

ape maksud ditonjolkan yang aku cuba sampaikan ni? to be continue..

  1. raksasa eijat..
    aku ni raksasa gak ke weh?heheh

    • raksasa.BIRU
    • April 25th, 2009

    ko doremon sudah…. hahaha

  2. ending dia agak kurang menarik..cara penulisan da ada..hahaa

      • raksasa.BIRU
      • April 25th, 2009

      haha.. ok nanti aku alter..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: