Archive for May, 2009

stalker cat


tak leh bla aku tengok kucing ni.. hahahahaha hahahahahha hahahahahha

takde tajuk

latihan industri part 2

harini, masuk hari ke 9 aku berada di melaka bandar bersejarah. sedikit sebanyak, lidah aku mula mengeluarkan bunyi bunyi yang amat janggal dalam hidup aku.

alkisah pada suatu hari.. aku pergi ke kedai runcit maznah untuk membeli sesuatu..

cik… bagi winston light besau satu…

ohh.. damn… aku da jadi orang melaka! haha. besau, bayau, hawau.. smua perkataan nak kena ada “au” kat belakang. mari kita cuba..

sayau sukau mainau bolau. hariau hariau sayau sukau mainau bolau

oh… sori orang melaka.. terover lak. saje je bergurau senda di tengah hari ni. kat melaka ni panas beb. walaupun baru seminggu aku duk melaka, aku rase kulit aku da menyamai kehitaman kulit puff daddy. (cerita tipu) mujur aku ada beli sunblock.. (p/s: tolong jgn kutuk. aku terpaksa beli sebab aku rasa tangan aku da berbelang macam taik cicak)

sb

okla… aku cube ceritakan serba sedikit ape yang aku buat kat sini. seperti yang aku dah nyatakan sebelum ni, nama projek yang sedang dijalankan adalah “Construction and Completion of Hydrated Lime Dosing Plant at Lanchang Intake and a Potassium Permanganate Dosing Plant at Lanchang Water Treatment Plant”. tapak projek ada 2. satu untuk hydrated lime, satu lagi untuk potassium permanganate. jarak kedua dua tapak projek ni adela dalam 2 km.

sekarang ni, progress yang sedang berlangsung adalah kerja kerja pembinaan bangunan untuk menempatkan tangki serta mesin untuk merawat air.

IMG062building untuk hydrated lime

aku ditempatkan untuk menjaga site kat hydrated lime. aku pilih site ni sebab ada cabin. (ada aircond dan internet. kat site lagi satu takde. huhu) uda plak kena jaga site yang lagi satu. setiap hari, kitorang gi kerja dengan menaiki sebuah kereta company.kete kancil je.. tapi ok la.. janji aircond hidup, bleh jalan jauh, dan minyak bleh claim. huhu

kalau ikutkan CPM (critical path method), sesape yang penah blaja construction management mesti tau, progress projek ni dah delay dekat 2 bulan. ini disebabkan oleh masalah yang dihadapi oleh sub kontraktor. takde duit. ni masalah biasa yang dihadapi sub con. so, sub con yang lama dah di terminate, dan digantikan dengan sub con yang baru.alhamdulillah, sub con yang baru ni takde masalah kewangan dan dijangkakan projek akan berjalan lancar. (trivia 1: untuk projek bangunan kat hydrated lime ni, boss sub con untung bersih sebanyak RM90k. dah tolak ngan modal, gaji pekerja etc. trivia 2: gaji harian pekerja buruh kat tapak ni adalah RM50/hari. makan, rokok, rumah sponser)

kat sini, aku duduk rumah sewa company. yang malangnya… aku kena tidur kat ruang tamu. sebab bilik da penuh. ada 3 bilik. satu bilik 2 orang. so… dalam rumah tu termasuk aku ngan uda, ada 8 orang. agak sadis la.. tapi takpe. aku ok je. asalkan ade tempat tido, umah sewa tak kena bayau, cukup lah.. hoho.

setiap hari, aku akan keluar rumah pukul 8. sepatutnya masuk kerja kul 8. tapi… biase lah… gi sarapan dlu… dengan engineer, site supervisor, project manager. kitorang smua duduk serumah. tapi seyes ar…. enjoy lepak ngan mereka. kepala gile2 nye. yang paling tak tahan project manager.. hahaha… tengok muka dia macam serius, garang.. tapi… kepale… aduyai..huhu

ok ni satu benda menarik aku nak share.

IMG054

ape bende nih? hahaha… kepada yang tak tahu….. name bende ni kat site adalah tahu. kalau mase blaja RC dlu kitorang panggil concrete cover. haha… aku pun baru tahu siot. puas laaa aritu aku pikir amende la mat mat hindon ni cakap.. tahu tahu.. rupenye concrete cover. concrete cover tu rupenye bentuk dia macam tahu. dlu tak penah tahu pun camane rupa die.. (pop kuiz : brape kali aku sebut tahu dalam perenggan nih?)

kat sini, aku dah buat banyak kerja. site measurement, kira besi, formwork, untuk beam, column, slab untuk claim; kira berapa panjang besi yang nak dipotong untuk beam, column; design chemical trench, untuk propose pada consultant sebab yang sedia ada tak bagus; lukis plan corbel menggunakan autocad; dan banyak lagi. aku tak rasa rugi LI kat company ni. sebab, walaupun company ni kecik, kelebihan dia, semua kerja kita yang kena buat. sebab staff kurang. secara tak langsung, semua benda aku dapat tahu. dari kerja QS, kerja sivil, mekanikal, elektrikal, even kerja kerja indon pun leh tau. best ar..

hmm…. ntah eh… dlu aku rasa macam tak minat kerja company construction. tapi sekarang macam dah minat pulak… huuuu.. pening pening..

dilema

sehingga hari ni, aku masih berusaha mencari keupayaan. minat. passion. rasa macam da dapat. tapi… aku pun tak pasti. betul ke apa yang aku nak tu betul betul datang dari hati aku sendiri? atau.. aku cuma meniru kejayaan orang lain?

ye lah…. kita cuma nampak bintang je.. berkelip kelip. terang. cantik. tapi.. kita tak tahu berapa jauh nya bintang tu dari bumi ni. susah senang orang yang dah berjaya tu kita tak nampak. macam mana effort dia untuk mencapai matlamat. yang kita nampak, dia kaya. poket lebat. kereta besar.

sebelum ni, aku berpegang pada satu quote.

practice makes perfect

simple je. practice makes perfect. kalau diterjemahkan ke dalam bahasa ibunda, latihan membina kesempurnaan. aku rasa semua tau maksud quote ni. so.. no explanation kot..?

kenapa aku ske quote ni? sbb… untuk sesuatu benda atau kerja yang aku minat, aku akan struggle untuk dapatkan bende tu. double, and triple the effort. so, the monsterous effort nih, aku panggil practice. matlamat…. aku letakkan sebagai perfect.

tapi sekarang ni…. aku rasa aku da discover satu benda. aku tak boleh guna quote ni untuk semua perkara. perkara yang aku discover tu adalah minat.

ya… minat atau bakat memang boleh diasah.bak kata pepatah..

belakang parang diasah lagikan tajam

tapi…. minat, tak sama ngan bakat. minat sahaja, kalau bakat takda, tak boleh jugak. orang orang yang masuk AF tu smua memang minat nyanyi. tapi sebabkan bakat takde, mereka cepat je tersingkir. contoh terdekat, aku sendiri. aku memang minat main drum. slalu gak ar push push main drum hari hari supaya bleh jadi pro. tapi… susah. aku takda rythm. sesape yang penah tengok aku men drum mungkin tahu.

minat.. betul ke minat ni boleh dipupuk? dari tak minat kepada minat? dengan usaha yang bereterusan, dan dipaksa, boleh jadi minat?

tu persoalan yang sedang berlegar dalam kepala otak aku sekarang ni. aku takut, usaha yang aku buat untuk mendapatkan minat tu… sia sia. sebab output yang terhasil daripada minat sahaja, tanpa bakat, adalah seketul shit. in the end…. aku still menjadi loser… huuuuuuuuhhh….

latihan industri part 1

seperti kawan-kawan aku yang lain, aku juga sedang menjalani latihan indursti atau lebih dikenali sebagai praktikal sekarang ni. aku ditempatkan di sebuah syarikat yang bernama Nariah Builders (M) Sdn. Bhd. (macam canguk lak aku rasa sebab da lama tak menulis)

IMG022

eh? nape nariah enterprise? sebenarnya, office nariah builders ada kat tingkat atas.  pintu masuk die yang ada mamat pura pura nak buka pintu tu (nama dia uda. sesape nak berkenalan, boleh bg komen). nariah enterprise ni sebenarnya salah satu anak syarikat nariah builders. eh silap silap. terbalik.. nariah builders adalah anak syarikat nariah enterprise. ya… walaupun nariah enterprise adalah syarikat biasa, dan nariah builders adalah sendirian berhad.

aku cuba story sedikit sebanyak yang aku tau pasal company nariah ni. sebenarnya, nama nariah ni adalah bersempana nama wife boss aku yang bernama zanariah. sweet kan? haha. nariah builders baru saja ditubuhkan pada 4 tahun lepas. sebelum itu,  boss aku yang bernama Haji Ya’acob bin Ibrahim serta isterinya menjalankan banyak perniagaan menggunakan nama nariah enterprise. antaranya perkhidmatan cuci bangunan, bersihkan sekolah, tempahan jahitan, bekal alat tulis, dobi dry and clean, dan banyak lagi. mmg banyak. nariah enterprise ni wujud lagi sampai sekarang. then, setelah beberapa tahun berkecimpung dalam alam perniagaan, mereka pun menubuhkan syarikat nariah builders sdn bhd, serta beberapa anak syarikat lain. fyi, nariah builders ni telah mendapat lesen kelas A dari PKK, dan gred G7 dari CIDB. (trivia:  untuk dapat lesen kontraktor kelas C, perlu ada cash in bank 500k++ dan cash flow bulanan yang konsisten selama 3 bulan. kalau kelas A?? brape juta ntah tak ingat lak aku…)

kat sini ada dua isi penting yang sangat sangat menarik perhatian aku. yang pertama, boss aku adalah seorang yang berkelulusan STPM sahaja! serius beb! STPM je!.. aku masa mula mula baca profie die… bapak la…. macam tak percaya.. dengan hanya berkelulusan STPM, dia mampu ada sebuah company construction yang besar! actually, besar tak besar sangat, tapi kire ok la… kelas A tu beb..!

yang kedua;  masa mula mula aku masuk company tu, aku tertanya tanya kenapa staf dia asik sebut nama company yang pelik pelik. (three plus one services, tenaga 3 enterprise, golden hammer sdn bhd dan beberapa yg len). rupa rupanya, semua company tu adalah company boss aku. smua company tu adalah company kontraktor sebenarnya. jadi, ada banyak kelas. E, D, F, C.. smua ada. then, aku tertanya tanya lagi, kenapa nak kena ada semua kelas? kenapa tak buat semua kelas A je? rupa rupanya ada udang di sebalik kuey tiaw ladna. tujuan company company tu ditubuhkan dengan banyak kelas, adalah untuk merebut semua jenis tender. aku pun baru tau sebenarnya tender ni ada banyak jenis. (sori… aku adalah loser sebab tak tau benda benda ni). ada yang untuk kelas A, kelas B, kelas C. so…. bila ada banyak company dengan banyak kelas, boss aku akan sentiasa ada projek. tidak semata mata hanya tertumpu pada satu projek sahaja. then bila da takda projek, smua mati kutu. btw, smua company company dia mempunyai staff yang sama. maksudnya, orang yang sama untuk setiap jawatan. jadi…… gile lah! (sebagai trivia lagi, tadi aku borak borak ngan kak liza aka operation officer. aku ternampak gambar besday party anak boss aku yg berumur 5 tahun. nak tau berapa depa spend untuk besday anak dia je? rm25k++ !…. pehhhhh.. gile… memamg gile… tu baru besday anak bongsu dia. kang die kawin… ntah brapa juta depa spend).

ok cukup sebagai pengenalan company. masuk harini, da 4 hari aku kerja kat sini. yang sedihnya, minggu ni memang tak da kerja. minggu depan baru ada. minggu depan aku dan uda akan dihantar ke melaka untuk jaga construction site kat sana. btw, projek tu dinamakan “Construction and Completion of Hydrated Lime Dosing Plant at Lanchang Intake and a Potassium Permanganate Dosing Plant at Lanchang Water Treatment Plant” dekat Merlimau, Melaka.

so, kerja aku selama 4 hari ni, adalah….. baca profile company, baca plan projek2 company yang lepas lepas, baca kertas kerja company yang lepas lepas, baca profile company, berborak borak dengan uda, men tenet, tido, baca profile company, duduk, melukis katun, and last…. baca profile company. huuuuuhhh… bz beb! bz abes… ngntuk nak mampus wa cakap lu bro! sampai nak temuntah aku asik baca profile company je. da la nak men tenet tak bleh.. ade skali tu sebabkan aku da tak tau nak wat ape, aku tido la kat meja ofis tu. tapi dengan gaya yang macho la kan.. japgi kena sound gak…. adoihh…. tekanan aku camni! da la sabtu pun kerja! *&^%&$%(&_)(*_(_(*&(^&%$% (emo sat)

tapi walau camane pun… aku masih cool. hehe.. bila aku penat dan tensen (aku tak tau penat ape), aku minum air. nasib baik kat ofis tu ada pantri. so.. memang abis la smua biskut lexus berperisa coklat dalam tu aku balun. dapat lak cecah ngan nescafe 3+1, campur ngn coffee mate… pehhh… terlupa kejap ketensionan aku tuh. huhu..

IMG025

ohh lupa nak cakap. aku masuk kerja pukul 8. balik pukul 5. dekat je ofis tu ngan rumah aku. tak sampai 5 minit bleh sampai kalau naik moto. tujuan aku pilih company ni pun sebab nak duk dekat ngn rumah. saving maa…. tapi … tetibe kena campak pi melaka plak… last2 minit …. adehh..

…….

pada waktu petang, setelah pulang dari kerja dan mengemaskan diri, aku akan pergi ke tasik perdana yang terletak kat seberang jalan rumah aku. lepak sensorang je.. layan blues. sambil menghembuskan kepulan asap dari rembesan daun daun kimia bergelar nikotin. haha. best.. aku suka ketenganan.. rasa macam lapang gile kepala otak.. ditambah dengan tiupan angin yang sepoi sepoi bahasa… huuuuuhhhh…layaannnn

IMG026

takde tajuk

kredit : http://www.nataliedee.com/

craving a differ

dear God,

i know i’ve done numerous mistakes and sins,

i know how lame i am living in this world of Yours,

i know i’ve taken many wrong routes and paths,

i know i have brought grieves to my parents for many times,

i know i have betrayed my friends and family quite a few times,


but please God…

please show me the light,

the light of guidance,

the light of determination,

the light of change,

for me to carry on in this pathetic life,

for the brightness of the route ahead,


oh God…

i really crave a differ….