korupsi

6a00d8341c64d253ef00e54f789ce18834-800wi

apa itu korupsi? korupsi berasal dari bahasa Latin; corruptio dari kata kerja corrumpere yang membawa maksud busuk, rosak, menggoyahkan, memutarbalik, menyogok. menurut Transparency International pula, korupsi adalah perlakuan orang atasan, atau lebih mudah difahami, ahli politik, yang secara tidak wajar dan haram memperkaya diri atau memperkaya mereka yang dekat dengannya, dengan menyalahgunakan kekuasaan yang diberikan kepada mereka. (kamus dewan bahasa dan pusaka wikipedia)

sebenarnya, kat mana mana pun ada korupsi. bukan pada orang atasan sahaja. di kalangan orang orang macam kita puna ada. yang menjadi isu adalah apabila pihak atasan, yang sepatutnya menjadi role model kepada rakyat, melakukan kerja lahanat ini dan menjadikan diri mereka semakin kaya setiap hari. secara santai, kita boleh kata, mereka ni makan duit rakyat. keuntungan yang diperoleh adalah berlipat lipat kali ganda daripada gaji bersih mereka. teringat satu hari tu, aku ada terbaca satu artikel kat NST kalau tak silap. menteri k*** t*** menghabiskan lebih kurang 1.7j duit dakyat untuk trip ke disney land. pehhh.. bleh dapat 8 bijik honda civic type R siot! gile… memang gile. tak payah pegi jauhla… tengok sendiri dalam universiti kita ni. ada satu kes, aku dengar laptop yang universiti beli untuk kegunaan lab, harga die cecah rm9000 sebijik! tak tau ar aku salah dengar atau orang yg cakap tu salah bg info. tapi aku dengar  die cakap guna telinga yang terlekat kat tengkorak aku sendiri. aku da tengok laptop tu macamana. spec dia biase je. ram 2gb. brand HP. tak lojik.. memang tak lojik. mark up sampai 2 kali ganda harga asal. dorang ni tak tau ke duit tu haram?

satu persoalan yang timbul dalam pale otak aku yang besar ni, tak de ke orang yang pantau bende ni betul betul? seolah olah semua orang menyokong dan bersubahat.  sebab ape? sebab mereka pun nak kaya. so, kena senyap senyap. tak boleh pecah lobang.

bila sebut pasal duit, nampak duit depan mata, semua orang gelap mata. agama, adat, lipat kemas simpan dalam poket belakang seluar. bila timpa bala, menggelabah cari sebab tak ingat letak kat mana. untung kalau masih ada dalam poket. jangan sampai tercicir sudah.

aku bercakap ni pun sebab nak ingatkan diri aku sendiri. aku memang suka duit. tapi, aku perlu ingat, di luar sana, semua orang mengejar kekayaan. macam macam orang ada. yang bertanduk satu kat dahi, yang berekor panjang sapu jalan, yang berjalan bawak tombak bermata 3, dan banyak lagi. silap pilih jalan, aku pun akan jadi macam depa.

lagi satu istilah yang menarik yang aku nak kongsi, adalah nepotisme. apa itu nepotisme? nepotisme atau nepotisma ni menurut fahaman aku adalah tindakan memilih saudara mara atau orang yang terdekat untuk memenuhi satu satu kehendak. sebagai contoh mudah, pengurus A ingin melantik seseorang untuk memegang jawatan tertentu dalam syarikat. tanpa membuat penelitian, pengurus A melantik anaknya untuk menjawat jawatan tersebut. sedangkan dalam syarikat tersebut mempunyai ramai lagi orang yang berkelayakan serta lebih baik daripada anak pengurus tersebut.

pada pendapat aku, nepotisme ni ada pro dan kontra. kita amek contoh tadi. untuk pro, pengurus A berbuat demikian kerana dia lebih mengenali anaknya berbanding orang lain. kepercayaan juga diletakkan lebih. komunikasi juga lebih berkesan sebab dia boleh marah dan maki hamun anaknya bila bila masa. jadi mungkin kualiti dapat dijaga dengan lebih baik. untuk kontra, nepotisme ni akan mewujdkan rasa tidak puas hati. sebab apa tak puas hati? sebab mereka nampak orang yang lebih baik dari anak pengurus tu. mereka akan lebih senang bekerja dengan orang yang mereka suka dan respek.

nepotisme ni patut ke tak patut sebenarnya? tidak. tidak patut. yang sepatutnya adalah demokrasi. undi, dapat persetujuan ramai, lantik. yaa… itu yang sepatutnya. bukan memilih di kalangan kroni.

sebenarnya, aku menulis pasal ni sebab aku tertarik dengan satu verse lirik yang ada dalam lagu korupsione buck short.

..betapa hebatnya kita membeli isu terkini
fakir miskin terpedaya
orang kaya semakin kaya
bagaimana kita nak maju asyik mereka rembatkan
AP senang didapat
projek besar diorang rembat..

orang kaya semakin kaya.. orang miskin semakin miskin. inilah realiti dunia sekarang yang berada di luar sana. akibat leka dengan belaian keseronokan virtual yang dicipta sendiri, kita tidak sedar bahawa kita telah ditindas dan berpotensi ditindas. renung renungkalah wahai raksasa yang berwarna biru..

  1. korupsi nih macam barah…x buang sampai satu tahap akan tunjukkan kesan…yang rase kesan sape???system!!!whose part of this system???ehhehehe pikirkan…
    mende2 nih perlukan kesedaran dan keluruhan hati untuk berpegang kepada prinsip!!!nice artikel!

    • Minda Karya
    • May 1st, 2009

    betol3…

    • Adikmanis
    • May 2nd, 2009

    Pendekatan yg bagus.. tahniah buat raksasa biru.. Nk kogsi pngtahuan skit.. Nnt kita bakal jadi pemimpin.. xkisah la pemimpin keluarga ke, ada yg bakal jadi bos ke.. Setelah kita pemimpin sebelah kaki kt ke syurga n sebelah kaki ke neraka.. Untuk 2 2 belah kaki ke syurga, jadi la pemimpin yg adil n professional.. Minta bimbingan dr yg maha kuasa.. Elakkan nepotisme..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: