latihan industri part 1

seperti kawan-kawan aku yang lain, aku juga sedang menjalani latihan indursti atau lebih dikenali sebagai praktikal sekarang ni. aku ditempatkan di sebuah syarikat yang bernama Nariah Builders (M) Sdn. Bhd. (macam canguk lak aku rasa sebab da lama tak menulis)

IMG022

eh? nape nariah enterprise? sebenarnya, office nariah builders ada kat tingkat atas.  pintu masuk die yang ada mamat pura pura nak buka pintu tu (nama dia uda. sesape nak berkenalan, boleh bg komen). nariah enterprise ni sebenarnya salah satu anak syarikat nariah builders. eh silap silap. terbalik.. nariah builders adalah anak syarikat nariah enterprise. ya… walaupun nariah enterprise adalah syarikat biasa, dan nariah builders adalah sendirian berhad.

aku cuba story sedikit sebanyak yang aku tau pasal company nariah ni. sebenarnya, nama nariah ni adalah bersempana nama wife boss aku yang bernama zanariah. sweet kan? haha. nariah builders baru saja ditubuhkan pada 4 tahun lepas. sebelum itu,  boss aku yang bernama Haji Ya’acob bin Ibrahim serta isterinya menjalankan banyak perniagaan menggunakan nama nariah enterprise. antaranya perkhidmatan cuci bangunan, bersihkan sekolah, tempahan jahitan, bekal alat tulis, dobi dry and clean, dan banyak lagi. mmg banyak. nariah enterprise ni wujud lagi sampai sekarang. then, setelah beberapa tahun berkecimpung dalam alam perniagaan, mereka pun menubuhkan syarikat nariah builders sdn bhd, serta beberapa anak syarikat lain. fyi, nariah builders ni telah mendapat lesen kelas A dari PKK, dan gred G7 dari CIDB. (trivia:  untuk dapat lesen kontraktor kelas C, perlu ada cash in bank 500k++ dan cash flow bulanan yang konsisten selama 3 bulan. kalau kelas A?? brape juta ntah tak ingat lak aku…)

kat sini ada dua isi penting yang sangat sangat menarik perhatian aku. yang pertama, boss aku adalah seorang yang berkelulusan STPM sahaja! serius beb! STPM je!.. aku masa mula mula baca profie die… bapak la…. macam tak percaya.. dengan hanya berkelulusan STPM, dia mampu ada sebuah company construction yang besar! actually, besar tak besar sangat, tapi kire ok la… kelas A tu beb..!

yang kedua;  masa mula mula aku masuk company tu, aku tertanya tanya kenapa staf dia asik sebut nama company yang pelik pelik. (three plus one services, tenaga 3 enterprise, golden hammer sdn bhd dan beberapa yg len). rupa rupanya, semua company tu adalah company boss aku. smua company tu adalah company kontraktor sebenarnya. jadi, ada banyak kelas. E, D, F, C.. smua ada. then, aku tertanya tanya lagi, kenapa nak kena ada semua kelas? kenapa tak buat semua kelas A je? rupa rupanya ada udang di sebalik kuey tiaw ladna. tujuan company company tu ditubuhkan dengan banyak kelas, adalah untuk merebut semua jenis tender. aku pun baru tau sebenarnya tender ni ada banyak jenis. (sori… aku adalah loser sebab tak tau benda benda ni). ada yang untuk kelas A, kelas B, kelas C. so…. bila ada banyak company dengan banyak kelas, boss aku akan sentiasa ada projek. tidak semata mata hanya tertumpu pada satu projek sahaja. then bila da takda projek, smua mati kutu. btw, smua company company dia mempunyai staff yang sama. maksudnya, orang yang sama untuk setiap jawatan. jadi…… gile lah! (sebagai trivia lagi, tadi aku borak borak ngan kak liza aka operation officer. aku ternampak gambar besday party anak boss aku yg berumur 5 tahun. nak tau berapa depa spend untuk besday anak dia je? rm25k++ !…. pehhhhh.. gile… memamg gile… tu baru besday anak bongsu dia. kang die kawin… ntah brapa juta depa spend).

ok cukup sebagai pengenalan company. masuk harini, da 4 hari aku kerja kat sini. yang sedihnya, minggu ni memang tak da kerja. minggu depan baru ada. minggu depan aku dan uda akan dihantar ke melaka untuk jaga construction site kat sana. btw, projek tu dinamakan “Construction and Completion of Hydrated Lime Dosing Plant at Lanchang Intake and a Potassium Permanganate Dosing Plant at Lanchang Water Treatment Plant” dekat Merlimau, Melaka.

so, kerja aku selama 4 hari ni, adalah….. baca profile company, baca plan projek2 company yang lepas lepas, baca kertas kerja company yang lepas lepas, baca profile company, berborak borak dengan uda, men tenet, tido, baca profile company, duduk, melukis katun, and last…. baca profile company. huuuuuhhh… bz beb! bz abes… ngntuk nak mampus wa cakap lu bro! sampai nak temuntah aku asik baca profile company je. da la nak men tenet tak bleh.. ade skali tu sebabkan aku da tak tau nak wat ape, aku tido la kat meja ofis tu. tapi dengan gaya yang macho la kan.. japgi kena sound gak…. adoihh…. tekanan aku camni! da la sabtu pun kerja! *&^%&$%(&_)(*_(_(*&(^&%$% (emo sat)

tapi walau camane pun… aku masih cool. hehe.. bila aku penat dan tensen (aku tak tau penat ape), aku minum air. nasib baik kat ofis tu ada pantri. so.. memang abis la smua biskut lexus berperisa coklat dalam tu aku balun. dapat lak cecah ngan nescafe 3+1, campur ngn coffee mate… pehhh… terlupa kejap ketensionan aku tuh. huhu..

IMG025

ohh lupa nak cakap. aku masuk kerja pukul 8. balik pukul 5. dekat je ofis tu ngan rumah aku. tak sampai 5 minit bleh sampai kalau naik moto. tujuan aku pilih company ni pun sebab nak duk dekat ngn rumah. saving maa…. tapi … tetibe kena campak pi melaka plak… last2 minit …. adehh..

…….

pada waktu petang, setelah pulang dari kerja dan mengemaskan diri, aku akan pergi ke tasik perdana yang terletak kat seberang jalan rumah aku. lepak sensorang je.. layan blues. sambil menghembuskan kepulan asap dari rembesan daun daun kimia bergelar nikotin. haha. best.. aku suka ketenganan.. rasa macam lapang gile kepala otak.. ditambah dengan tiupan angin yang sepoi sepoi bahasa… huuuuuhhhh…layaannnn

IMG026

  1. ejat2x..
    sabo r…
    ade dugaan..
    teringin aku nak li kat tmpat ko tu..
    mmg cara..
    tapi klu camtu gaya nyer .. cam…
    erm..
    walau tmpat aku x de elaun..
    tapi tmpat aku sehappy aku..
    sentiasa tersenyum..
    penuh xtiviti yg aku x bosan~
    hehe~

      • raksasa.BIRU
      • May 15th, 2009

      hepi cam ko eh pen? haha.. bile nak turun PG?

  2. cam gay lak ko ngan uda..
    sabo le
    ad kawan kita hari ahad pn keje..
    guess who??heh🙂

      • raksasa.BIRU
      • May 15th, 2009

      sape siot keje hari ahad? gembo ke?

  3. btul sial..
    mcm gay~
    haha

  4. lol =D
    kene cmpak ke mlaka?
    ktne?
    huhu

      • raksasa.BIRU
      • May 25th, 2009

      merlimau

  5. salam…
    actually sy tgh cr info pasal assignment ‘busines process’ sy..
    then teringat plak kat compny tempat praktikal sy dlu..
    pastu terjumpe plak blog awak ni..
    yg tulis pasal nariah builders =)
    dlu sy pektikel ctu gak..
    time diploma..
    da lame da…tp best r pektikel ctu…
    bos pun baekk punyerr..
    kak jannah ade lg x kat ctu? en mus? nafisah? kak ida? sape lg ade kat ctu ek?
    mesti rmai org br ek..
    anyway, nice knowing u
    salam persahabatan =)

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: