latihan industri part 2

harini, masuk hari ke 9 aku berada di melaka bandar bersejarah. sedikit sebanyak, lidah aku mula mengeluarkan bunyi bunyi yang amat janggal dalam hidup aku.

alkisah pada suatu hari.. aku pergi ke kedai runcit maznah untuk membeli sesuatu..

cik… bagi winston light besau satu…

ohh.. damn… aku da jadi orang melaka! haha. besau, bayau, hawau.. smua perkataan nak kena ada “au” kat belakang. mari kita cuba..

sayau sukau mainau bolau. hariau hariau sayau sukau mainau bolau

oh… sori orang melaka.. terover lak. saje je bergurau senda di tengah hari ni. kat melaka ni panas beb. walaupun baru seminggu aku duk melaka, aku rase kulit aku da menyamai kehitaman kulit puff daddy. (cerita tipu) mujur aku ada beli sunblock.. (p/s: tolong jgn kutuk. aku terpaksa beli sebab aku rasa tangan aku da berbelang macam taik cicak)

sb

okla… aku cube ceritakan serba sedikit ape yang aku buat kat sini. seperti yang aku dah nyatakan sebelum ni, nama projek yang sedang dijalankan adalah “Construction and Completion of Hydrated Lime Dosing Plant at Lanchang Intake and a Potassium Permanganate Dosing Plant at Lanchang Water Treatment Plant”. tapak projek ada 2. satu untuk hydrated lime, satu lagi untuk potassium permanganate. jarak kedua dua tapak projek ni adela dalam 2 km.

sekarang ni, progress yang sedang berlangsung adalah kerja kerja pembinaan bangunan untuk menempatkan tangki serta mesin untuk merawat air.

IMG062building untuk hydrated lime

aku ditempatkan untuk menjaga site kat hydrated lime. aku pilih site ni sebab ada cabin. (ada aircond dan internet. kat site lagi satu takde. huhu) uda plak kena jaga site yang lagi satu. setiap hari, kitorang gi kerja dengan menaiki sebuah kereta company.kete kancil je.. tapi ok la.. janji aircond hidup, bleh jalan jauh, dan minyak bleh claim. huhu

kalau ikutkan CPM (critical path method), sesape yang penah blaja construction management mesti tau, progress projek ni dah delay dekat 2 bulan. ini disebabkan oleh masalah yang dihadapi oleh sub kontraktor. takde duit. ni masalah biasa yang dihadapi sub con. so, sub con yang lama dah di terminate, dan digantikan dengan sub con yang baru.alhamdulillah, sub con yang baru ni takde masalah kewangan dan dijangkakan projek akan berjalan lancar. (trivia 1: untuk projek bangunan kat hydrated lime ni, boss sub con untung bersih sebanyak RM90k. dah tolak ngan modal, gaji pekerja etc. trivia 2: gaji harian pekerja buruh kat tapak ni adalah RM50/hari. makan, rokok, rumah sponser)

kat sini, aku duduk rumah sewa company. yang malangnya… aku kena tidur kat ruang tamu. sebab bilik da penuh. ada 3 bilik. satu bilik 2 orang. so… dalam rumah tu termasuk aku ngan uda, ada 8 orang. agak sadis la.. tapi takpe. aku ok je. asalkan ade tempat tido, umah sewa tak kena bayau, cukup lah.. hoho.

setiap hari, aku akan keluar rumah pukul 8. sepatutnya masuk kerja kul 8. tapi… biase lah… gi sarapan dlu… dengan engineer, site supervisor, project manager. kitorang smua duduk serumah. tapi seyes ar…. enjoy lepak ngan mereka. kepala gile2 nye. yang paling tak tahan project manager.. hahaha… tengok muka dia macam serius, garang.. tapi… kepale… aduyai..huhu

ok ni satu benda menarik aku nak share.

IMG054

ape bende nih? hahaha… kepada yang tak tahu….. name bende ni kat site adalah tahu. kalau mase blaja RC dlu kitorang panggil concrete cover. haha… aku pun baru tahu siot. puas laaa aritu aku pikir amende la mat mat hindon ni cakap.. tahu tahu.. rupenye concrete cover. concrete cover tu rupenye bentuk dia macam tahu. dlu tak penah tahu pun camane rupa die.. (pop kuiz : brape kali aku sebut tahu dalam perenggan nih?)

kat sini, aku dah buat banyak kerja. site measurement, kira besi, formwork, untuk beam, column, slab untuk claim; kira berapa panjang besi yang nak dipotong untuk beam, column; design chemical trench, untuk propose pada consultant sebab yang sedia ada tak bagus; lukis plan corbel menggunakan autocad; dan banyak lagi. aku tak rasa rugi LI kat company ni. sebab, walaupun company ni kecik, kelebihan dia, semua kerja kita yang kena buat. sebab staff kurang. secara tak langsung, semua benda aku dapat tahu. dari kerja QS, kerja sivil, mekanikal, elektrikal, even kerja kerja indon pun leh tau. best ar..

hmm…. ntah eh… dlu aku rasa macam tak minat kerja company construction. tapi sekarang macam dah minat pulak… huuuu.. pening pening..

  1. rasaksa biru, aku rasa sun block mmg kena pakai la weh… sbb lapisan ozon nipis.. nnti kalu terkena cahaya matahari lebih2, nnti kena cancer kulit plak.. adoi…

    aku pon hari2 pkai suin block walaupon kadang2 tu tak berpanas pon.. hehhehe

      • raksasa.BIRU
      • May 27th, 2009

      suin block tu ape? haha

  2. manja gila pakai sunblock..
    takyah pakai sunblock,baru itam gelap,macho mcm en. zaki…baru leh lawan dia haahaa

      • raksasa.BIRU
      • May 27th, 2009

      haha takde maknenye

    • adik ju on
    • May 27th, 2009

    comelnye sunblock..

      • raksasa.BIRU
      • May 27th, 2009

      comel macam tuan dia… lalala

  3. Sangat inspiratif dan bermanfaat, makasih banyak ya….

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: