Archive for June, 2009

dapek award

hoho.. semalam den dapek award. bukan  award juara lagu mahupun grammy award. tapi adalah award grammar? huh? den pon tak tau. minah ni yang boie kat den. den pun amek jo lah.. terimo kaseh yo wahai cik wadefuk.  award tersebut buleh ditengok dokek sini.

jadi.. ini lah award yang di terimo oleh den.

hehe.. terimo kasih lagi skali yo..

Advertisements

couple

tanya diri anda. kenapa anda bercouple?

kenapa anda suka pada dia?

betulkah dia calon yang terbaik buat anda?

couple, tidak semestinya berakhir di jinjang pelamin.

couple adalah tempoh menilai dan mengenali pasangan. its like a mark. tanda yang dia kita punya. orang lain tak leh usha.

jangan kecewa dengan perpisahan. da tak da jodoh, nak buat macamana? kita tak boleh paksa jodoh.

jika anda berpisah secara baik, jangan benci pasangan anda. kerana, sekurang kurangnya dia pernah membahagiakan anda.

sekian sahaja pesanan dari warga tua..

raksasa biru berkeliaran!

IPOH, 9 Jun 2009 – Seekor raksasa yang berwarna biru telah dijumpai oleh seorang gadis di dalam rumahnya. Mangsa dikatakan sedang mengulang kaji pelajaran. Secara tiba-tiba, raksasa berkenaan muncul dari belakang komputer ribanya.

DSC02560 (1)

Menurut mangsa, Aminah bte Awang (bukan nama sebenar) raksasa berkenaan mempunyai rupa yang ganas dan menggairahkan. Ia dikatakan sedang menggigit sebatang bunga dimulutnya kerana dipercayai untuk dihadiahkan kepada kekasihnya. Raksasa berkenaan dipercayai kelaparan dan keluar mencari makan. Ini kerana raksasa berkenaan telah meragut papan kunci huruf Z pada komputer riba milik mangsa.

DSC02559 (1)

“Mula-mula, saya tengah study. Pastu saya terdengar bunyi aneh seakan-akan bunyi orang mengopek kuaci. Tiba-tiba raksasa biru muncul. Saya pun terkejut lalu melompat kebelakang. Bagaimanapun, saya masih cool”, kata mangsa. Mangsa dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Beliau cuma menghidap penyakit angau kerana teruja dengan ketampanan raksasa biru.

DSC02557 (1)

DSC02556 (1)

minatang

kat bawah ni ada 4 ekor minatang. lembu, arnab, keldai, dan biri biri. daripada ke empat empat binatang ni, pilih salah satu yang menepati kriteria anda.

lembu

anda seorang yang kelakar dan suka ketawa. boleh juga dikatakan happy go lucky. anda seorang yang sempoi, serta mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. dalam masa yang sama, anda juga suka memerhati orang dan keadaaan sekeliling. kadangkala anda mudah tersentap apabila diusik rakan rakan.

arnab

anda merasakan diri anda menjadi perhatian ramai. terdapat sesuatu yang menarik tentang anda yang membuatkan anda disenangi kawan kawan. adorable? mungkin itu anda. anda seorang yang fragile. sentiasa mahukan teman atau si dia di sisi anda. kadangkala, anda mempunyai tabiat buruk iaitu malas mandi.

keldai

anda seorang yang tenang. tidak sukakan masalah. anda seorang “silent killer”. barangkali anda tidak banyak bercakap di khalayak ramai, tetapi anda mempunyai agenda tersendiri yang akan menjadi kejutan. tabiat buruk anda adalah anda suka berlengah, dan menangguhkan kerja. anda juga mudah lupa.

biri-biri

anda seorang yang pemalu. anda lebih suka menyendiri dan membuat aktiviti secara berseorangan. kadangkala anda suka mendengar lagu yang sama berulang-ulang kali.

tahniah.. anda adalah seekor ………………………….. (isi sendiri)