kenapa perokok sukar berhenti merokok?

berdasarkan kajian dan bancian, perokok didapati memang sukar untuk berhenti daripada merokok. walhal, mereka sendiri tahu akan kesan kesan tak baik yang diperoleh akibat merokok.

setelah membuat pemantauan dan pemerhatian serta pemikiran yang ideal lagi bijaksana, didapati perokok sukar untuk berhenti merokok disebabkan oleh 3 perkara berikut:

1. ketagih nikotin
2. dah jadi aktiviti kebiasaan di waktu waktu tertentu (bosan, lepas makan, busy, tension, berak, borak2)
3. awek paksa isap rokok. sebab nak bf nampak macho (oklaa… alasan ni tak leh pakai la k. so… reject! huhu..)

aku pernah bertanya kepada seorang kawan..

ko rasa la kan bro.. orang yang isap rokok ni, merokok sebab apa? sebab ketagih, atau sebab da terbiasa?

beliau berpendapat, orang yang merokok ni hisap rokok sebab ketagih. ketagih dengan dadah yang ada kat dalam rokok, iaitu nikotin.

pendapat aku pulak lain. perokok, menghisap rokok, kerana itu sudah menjadi aktiviti kebiasaan mereka. sudah menjadi rutin, dan tabiat. kalau tak buat, rasa janggal, tidak selesa, serta tidak keruan.

okla.. tak bleh dinafikan, aku sendiri adalah seorang perokok tegar. setiap hari aku berazam untuk berhenti merokok. tetapi semua itu hanyalah azam yang boleh dibuat pekasam.

dulu, aku pernah berhenti merokok. ade la setahun. so bila aku start isap rokok balik, semua orang pelik. haha.. rase rugi pun ada gak. konon konon, rasa macam da bleh handle nafsu merokok bila da setahun tak hisap. paw kawan kawan, sebatang.. demi sebatang.. last last, beli sendiri sekotak. haha. so, nasihat kepada perokok yang dah berhenti merokok, jangan cuba cuba untuk menghisap rokok balik, kerana… ‘disaster’ menanti anda! haha..

insya-Allah, beberapa hari lagi, aku akan berhenti dari menjadi jin yang bertopengkan manusia sampai bila bila..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: