gilerraaa

seperjalanan aku pulang dari JB haritu, dengan menaiki moto skuter orang tua ku yang sudah tua, aku terfikir akan keadaan skuter tu yang selalu sakit. walaupun begitu, aku tetap gagahkan juga membawa moto tu untuk ke batu pahat bagi meneruskan sisa-sisa hidupku sebagai pelajar terlampau. heppp hepp… bukan lah seperti pramugara terlampau yang pernah femes satu ketika dulu. tetapi adalah pelajar yang tidak sepatutnya belajar lagi ketika ini, yang mungkin sedang bekerja sebagai site engineer? atau barangkali duduk bergoyang kaki di rumah bersama keluarga tercinta. kawan-kawan lain semua akan berkonvo petang ni. isk…nak sedih pun dah tak guna. nasi dah jadi bubur.

aku sebenarnya bukan nak bercerita kisah-kisah sedih. tapi aku nak bercerita pasal motor aku yang sudah tua. aku rasa, kalau motor tu bleh transform jadi manusia, dia berupa manusia yang berumur sekitar 50an, mempunyai muka dan tangan yang berkedut, serta tubuh badan yang tak berapa nak sihat. jalan sikit, sakit pinggang, sakit kaki. tapi… dia tetap berpakaian ranggi. haha

berbalik pada cerita mula-mula tadi, seperjalanan aku pulang dari JB, tiba tiba aku terdengar satu bisikan di tepi telinga.

moto ko ni dah tua.. asik rosak-rosak je… baik ko jual moto ni, angkat moto baru. angkat GILERA…!

bermula dari saat itu, hati aku terus berkobar-kobar. berkobar-kobar nak sampai batu pahat, cari kerja, jual moto, angkat gilera. huuuuuhhh…. sampai je rumah sewa, terus search kat google gambar gilera, terus buat wallpaper kat pc aku.

ni lah inspirasi aku sekarang. gilera runner vxr 200. hehe..

tapi… aku rasa macam susah nak dapat.. aku nak kerja, tapi aku risaukan PSM aku yang tak start-start lagi ni. oh ya..aku tak pernah cerita yang aku extend satu sem disebabkan kegagalan PSM sem lepas. kepala aku serabut.. masalah emosi bercampur aduk dengan kerja. apa-apa pun, aku rasa sekarang ni memang bukan masa yang sesuai untuk bekerja. aku nak siapkan dlu kerja-kerja yang tertangguh beberapa minggu. aku mesti habiskan sem ni. walaupun setakat ni, aku dah terlepas 2 jawatan sebagai engineer, dan 1 jawatan sebagai promoter maxis. biarlah ape pun keputusan PSM aku nanti, asalkan dia tak gagalkan aku. aku nak cepat-cepat berambus dari muka bumi parit raja ni.  hope semuanya berjalan lancar.

Ya Allah… berikanlah aku kegagahan untuk menempuh segala ujian dari Mu… Amin

  1. kalo bab2 berimaginasi memang serah kat ko.aku rase skuter ko dah macam org gile kat parit raje tu kot.haha.

    come on bro…get out from that shit..skit je lagi..

  2. seram dol naik skuter ko..tataw camne si dia leh tahan lama naik skuter ngan ko..wkaaka.

    btw..aku harap ko dapat setelkan psm ko sem ne..n aku rasa tak salah ko keje dekat2 je ngn situ asl ko pandai bahagi masa..aku bagi amaran kat ko,kalau ko tak konvo tahun depan jangan harap aku nak datang konvo ko tahun 2011 nanti..ko kena belajar tebal muka skit..emosi letak tepi..yg penting siapkan psm cepat..

    kirim salam biskot ngan malik.wish u all the best…goodluck !

    regards
    Koyok aka Projek Engineer(Arch. Coordinator)<–ko bila nk dapat title cam aku????tak jeles ke🙂

      • raksasa.BIRU
      • August 11th, 2009

      haha… okok… hidup mesti diteruskan!

  3. xnak tunjuk muka skuter tua tu ke?

      • raksasa.BIRU
      • August 11th, 2009

      hahaha… tak penah amek gambar..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: