relevan kah ipta/ipts dikuarantin?

sejak semalam, UTHM mula dikuarantin. tak lain tak bukan adalah kerana kes H1N1. seperti yang difahamkan, dah 26 kes  H1N1 yang dilaporkan. minggu depan pulak, cuti midsem. apa lagi… semua orang pun berebut rebut pulang ke kampung halaman. dah macam balik raya pulak. mana taknya…. cuti dekat 2 minggu. sampai 23 hb.

tapi aku masih di bumi parit raja ni. di sebabkan PSM, aku menahan nafsu untuk pulang ke kampung. aku berhajat, sekurang-kurangnya, sebelum balik kampung, mesti da ada sikit progress PSM. baru lah lega rasa hati.

sebenarnya.. persoalan yang aku nak timbulkan kat sini, relevan ke ipta2, ipts2 kat malaysia buat kuarantin kes H1N1 macam ni? bila kata kuarantin, semua orang digesa balik kampung masing masing. aku cuba menyuarakan pendapat berdasarkan logik akal aku sendiri. dan aku akui, aku bukan lah seorang yang alert dengan isu isu semasa.

pendapat aku, kuarantin ni sepatutnya hanya melibatkan mereka mereka yang disahkan infected sahaja. kumpul kat satu tempat, jangan bagi diorang masuk kelas, dan sebagainya, dan rawat mereka sampai mereka pulih. bagi orang yang tak infected, mereka patut menjalani kehidupan mereka seperti biasa. dalam masa yang sama, segala langkah pencegahan haruslah dibuat. contoh macam pemberian topeng, pengedaran risalah2 berkenaan virus ni, pemberian vaksin pencegahan (ade ke ha?), dan rawatan-rawatan bagi mereka yang disyaki ada tanda-tanda dijangkiti.

ni tak. semua orang disuruh balik. baik yang infected, mahupun yang tak, disuruh jugak balik. tak ke merebak virus tu satu malaysia? kalau yang tak infected pulak, diorang balik kampung, pastu jangkit pulak ngan orang kampung, balik semula ke kampus, sebarkan satu kampus. sampai bila nak abis cerita? memang secara logiknya, kuarantin yang depa buat sekarang ni, memang takda faedah dan merugikan.

agak-agak sampai bila lah agaknya virus selsema babi ni nak betul-betul lesap kat muka bumi ni? ada ura-ura mengatakan, vaksin dah ada. tapi tak di komersial kan lagi. tunggu sampai hujung tahun baru nak release. ada juga ura-ura yang mengatakan, orang-orang besar kat Malaysia ni, kan depa selalu fly gi oversea, tapi nape takde sorang pun yang infected? sebab diorang ada vaksin tu. diorang share sama sama kroni sahaja. yang kita sebagai orang bawahan ni, dibiarkan mati katak. tak tau lah sejauh mana kebenaran cerita cerita orang ni. di fikir fikir, ada jugak logiknya. semua yang terjadi sekarang ni sebenarnya adalah kerja kerja orang atasan. orang orang yang ada kuasa. mereka nak tunggu virus ni da betul betul kritikal, baru mereka nak release vaksin tu. time tu konfem harga vaksin tu da berjuta-juta. licik kan?

tapi kan… kenapa kita panggil selsema babi? bukankah babi tu tak bersalah? virus tu tak da kena mengena pun ngan babi. paling kelakar, ada sekali tu, secara tiba-tiba pasaran babi sedunia jatuh merudum. semua orang takut nak makan babi. haha..

ada jugak orang kata, H1N1 ni sebenarnya adalah senjata biologi amerika syarikat. mereka yang cipta virus tu, dan mereka yang ada penawar virus tu. macam kes sebelum ni, selsema burung kalau tak silap aku. ada orang jugak yang cipta virus tu kan? dan orang yang cipta virus tu pun da kena tangkap. dunia dunia….

apa-apa pun, kita sama sama doalah mudah mudahan kita, keluarga kita, kawan-kawan kita, tidak dijangkiti virus tu. penawar yang paling baik, hanya ada pada-Nya.. Amin..

  1. macam2 la eijat ko ne.ahak🙂

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: