kehidupan yang digital

cari makan

dulu, aku seorang yang addict terhadap komputer. minat aku terhadap komputer membuatkan aku sanggup tak tido semata-mata untuk mendalami sesuatu berkenaan komputer. aku bukan gamers. aku tak addict main game macam kebanyakan orang. dota? maksud dota pun aku tak tau ape.  so… aku ni geek ke? haha.. bila orang kata aku geek, aku marah. sebab aku tak suka perkataan tu, dan aku tak suka imej seorang geek yang berkaca mata tebal, hidup tak terurus, tak ada life, benda paling utama dalam hidup dia, komputer, game. aku cuma minat. passion la orang kata. aku pernah buat bisnes kecil-kecilan membaik pulih komputer. sampai sekarang pun, orang still tanya aku bila ada masalah komputer. nilah bisnes kad aku mase tu..

business card

hehe… siap ada bisnes kad. tapi sekarang da tak buat lagi. pencen. penat. yelah.. bekerja sorang sorang. sekali datang sampai 6 7 komputer dan laptop. penat gile. dengan assignmentnya lain, dengan kuiz, test. kadang-kadang aku hold laptop customer sampai 2 minggu sebab tak cukup masa.

bukan nak kata aku ni pro sangat pun bab bab komputer. sikit-sikit boleh la.. buat cari makan. sekarang ni pun desire aku terhadap komputer da berkurang. sebab da malas. so.. kebanyakan benda benda yang aku pelajari dulu, aku sumbatkan kat blog ni, sebagai rujukan aku sendiri di masa hadapan.

kehidupan yang digital, huh?

pernah satu ketika, aku berkata pada diri sendiri,

kan best kalau hidup ni digital.boleh fast forward, boleh rewind, boleh tekan Ctrl + Z untuk undo, boleh copy paste, boleh delete, boleh skip..

kadang-kadang aku sendiri terfikir, hidup aku ni macam dah dipengaruhi oleh kecanggihan komputer. segalanya mudah. kuasa ada dihujung jari. dengan hanya sekali klik, semua boleh jadi. apa sahaja yang kita nak, semua boleh dapat. bila ada benda yang kita tak suka, kita boleh undo atau delete ikut sesuka hati.

sampaikan kadang-kadang, aku tak takut nak hadapi masalah. walaupun kadang-kadang masalah tu boleh membinasakan diri aku sendiri. sebab, aku tak fikir pun apa yang akan jadi lepas tu. orang kata, main redah je.. aku jadi malas berfikir. kalau kita taip report guna microsoft word, bila tersalah taip, kita boleh tekan backspace, atau delete. bila tersalah adjust tab, atau tersalah paste gambar, kita boleh tekan undo. tak kesah lah taip salah salah pun awal awal, sebab lepas tu kita boleh edit semula. dan, bila kita nak tau sesuatu, atau tak tau sesuatu, kita boleh search kat google. macam tu lah yang aku cuba aplikasikan dalam hidup aku. mindset aku, tak ada benda dalam dunia ni yang susah. aku rasa ni lah side effect akibat terlalu taksub dengan komputer dulu-dulu.

tapi, kalau difikir-fikir, best jugak kalau kehidupan realiti kita sekarang ni didigitalkan. macam dalam cerita Click lakonan Adam Sandler. dalam cerita tu, dia ada remote control yang boleh kawal pergerakan semua yang ada di sekeliling dia. dia boleh pergi ke masa depan, masa silam, ikut sesuka hati. pergi masa depan, untuk tahu apa akan jadi selepas dia buat something. pegi masa silam, untuk perbetulkan balik kesilapan yang dia telah buat. ohh…. alangkah bestnya kalau remote tu betul-betul ada kat tangan aku sekarang ni…. (ehh.. remote tu bleh pause kan? tiba tiba idea jahat datang.. >:8p … ok stop2.. bulan puasa)

hm…. sometimes, bila aku da buat sesuatu kesilapan, atau mengalami seseuatu peristiwa yang mengaibkan, aku rasa macam nak erase je semua memory yang ada kat dalam kepala otak aku ni. kalau ada reset button lagi bagus. tekan je terus hilang semua benda. terus jadi someone new, yang innocent..

    • Azie
    • September 8th, 2009

    salam ziarah..

    a nice entry🙂
    tp hidup x semudah itu..

  1. agree..
    mesti heaven giler hidup..

    p/s: tibe2 teringat lagu yg ade wat statement “me and my heart,we got issue”..kalo leh wat cam computer mesti xwujud issue2 bebangkit..hu3

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: