Archive for December, 2009

raksasaBIRU datang lagi

haha… macam iklan dindang pulak. hmm… setelah sekian lama mendiamkan diri, akhirnya aku kembali semula ke dunia blogger yang telah dihurung sawang dan debu-debu. cewah. aku rasa hampir 3 bulan jugak aku tak mengupdate blog ni. ape crita dulu sembang lebat kata nak “passion” menulis blog? haha

ok lah aku pun tak tau nak taip ape sebenarnye sekarang ni….

ohhh ade ade! pagi tadi aku merajinkan diri membuat air teh O di rumah orang tua ku di JB. disebabkan dah lama tak ke dapur, aku pun agak tertanya-tanya di mana letaknya segala bahan-bahan seperti gula, teh, dan sebagainya. disebabkan malas bertanya, segala ramuan membuat air teh O ku capai sambil membuat muka selamba.

err…. perlu kah aku menulis prosedur membuat air teh O? mane la tau ada newbie yang baru-baru nak belajar ke dapur. haha. tak perlu kot.. pakcik Google kan ada. taip aje “cara-cara membuat air teh O”.

so… seperti biasa, masukkan teh, masukkan gula, dan last, masukkan air panas. tiga langkah mudah. so, tak perlu tanya pakcik Google ye adik-adik. hehe. lalu, dengan konfidennya aku pun mengacau air teh O yang panas menggelegak tu dengan perlahan-lahan sambil menahan perasaan exited nak minum air teh O yang dibuat sendiri.

setelah menunggu beberapa minit bagi membiarkan teh larut, aku pun menuangkan air teh O ke dalam cawan. aku pun mencapai sekeping biskut tiger lalu dipatahkan dua dengan hasrat mencelup biskut ke dalam air teh O. dalam kepala ni terbayang akan perasaan damai memakan biskut tiger yang dicelup dengan air teh O yang suam-suam kuku sambil ditiup angin yang sepoi-sepoi bahasa. (ok aku imagine kat tepi laut)

aummmmm…….

biskut tiger yang dibasahi air teh O masuk ke dalam mulutku. dengan tidak semena-mena…

PEEEHHHFFFTTTUUUIIIHHHHHH!! MASIINNNN~~

aku terkesima serta pelik. dari mana datangnya rasa masin tu? tiba-tiba adik ku datang ke dapur, dan menegur…

hahaha.. bekas yang tu isi garam la abang izzat……

aku terkedu lalu tertunduk. sayup-sayup kedengaran suara manusia berdekah-dekah ketawa. oh… harini hari yang bersejarah….

Advertisements