Happy anniversary

Happy anniversary padia?.. Haha. Harini genap setahun aku bekerja di syarikat Proficient Resources Sdn Bhd. Genap setahun juga aku bekerja sebagai Project Engineer mengendalikan dua projek yang terletak di Pasir Gudang iaitu projek pembinaan Sekolah Rendah Taman Nusa Damai, dan sebuah kilang persendirian milik syarikat Swis Resources Sdn Bhd.

 

 

 

 

Terus terang aku memang tak pernah suka kerja dalam bidang construction sejak dari universiti. Tambahan lagi dengan pengalaman kerja dengan company kecil ala koboi, membuatkan aku berasa kerja di dunia construction adalah ibarat lembu bertopengkan manusia.

Memang betul baru setahun berkecimpung dalam dunia pembinaan belum cukup untuk membuatkan aku matang dalam membuat keputusan serta perancangan dalam urusan-urusan di site. Tambahan lagi memegang jawatan Project Manager bukanlah satu tugas yang mudah.

Aku selalu berkata dalam hati,

tak apa..setahun dua ni buat pekak je telinga..belajar dari kesilapan

Maki hamun adalah benda biasa di site. Telinga ni rasanya sikit lagi nak immune dengan bahasa-bahasa kesat dari bos-bos yang suka hati nak cakap apa depa nak cakap.

Selama setahun ini jugak, bermacam-macam orang aku kenal, dengan bermacam-macam perangai. Bermacam-macam pengajaran jugak yang aku dapat dengan berjumpa dengan bermacam-macam orang. Ada yang seronok, dan ada yang tidak sedap untuk diceritakan.

Paling jelas, dalam dunia construction, setiap orang mestilah sentiasa bersedia untuk menyelamatkan diri dari apa jua kesalahan atau kesilapan samada secara langsung ataupun tidak. Dalam bahasa kasarnya, selamatkan bontot masing-masing. Ini kerana, setiap orang akan menuding jari jika terdapat kesilapan. Orang terakhir yang tak dapat mengangkat jari untuk menuding akan menjadi mangsa untuk diserang bom-bom maki hamun.

Ada juga orang yang terlalu menjaga nama. Bila berjumpa dengan lain-lain orang, orang ini akan menceritakan perihal buruk orang lain sehingga menampakkan dirinya umpama hero. Orang ini juga akan muncul di tempat-tempat yang tidak wujud permasalahan di site. Bila ada masalah, dia akan berkata tidak tahu apa-apa, atau bukan atas pengawasan dirinya. Serius aku memang benci orang macam ni. (emo kejap)

Kadang-kadang aku rasa penat bekerja dalam bidang ni. Sudahla penat, stress, sunburn pulak tu… Hmmm..

Mungkin ni company terakhir aku bekerja dengan kontaktor. Rasa macam nak join consultant pulak. Cepat sikit dapat Ir..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: