Archive for the ‘ propaganda seorang raksasa ’ Category

Aplikasi WordPress untuk Blackberry

Dengan penuh kejakunan serta level curiousity mencapai tahap zirafah, aku menulis post ini menggunakan blackberry torch. Yelah.. Kelmarin kan semangat berblog dah datang sekejap menjenguk encik raksasabiru yang dah lama tidur. Hehehe..

Jika anda juga pengguna blackberry dan ingin mendapatkan application wordpress di dalam telefon anda, boleh download kat sini >> WordPress untuk Blackberry, menggunakan telefon berryhitam anda.

Agak cool jugak lah apps ni bagi bloggers noob macam aku. Selamat mencuba!

Advertisements

Semangat menulis blog….datanglah..

hampir dua tahun tidak menulis blog sejak post terakhir aku pada disember 2009. sebenarnya memang dah lama nak start menulis balik, tapi semangat yang datang dah hilang. tak tau mana pergi. oh, mungkin semangat menulis blog dah bertukar kepada semangat ber’photography‘. hehehe..

dot

in every second
i just cant put my head
away from that pictures of yours
taken with a guy
that used to be my wanna-be-guy.
and i just cant believe
you could say that L word to him..

you’ve cried twice in front of me.
i thought it was for me..
you don’t know how i felt relieved when i thought you cried for me…

i still remember our last days spent together.
you know what dear,
i realized from the look of your face how your heart changed from that day.
yes you laughed.
yes you shed tears.
but i know you.
i can read you.
we’ve known for quite a long time..

how can i be so numb loving you by neglecting all those black dots you’ve put in my heart?
how i wish i could read your heart and see if i’m still there….

thanks for just being you..

trauma

haritu aku didatangi oleh seorang yang tak dikenali dalam friendlist YM aku. dengan id billiondollarboyverylovely, dia cuba add aku. aku pun selambe je lah approve dengan meletakkan beliau di dalam group unknown.perbualan kami pun bermula..

beliau : hello

aku : hello. who’s this?

beliau : i’m a friend. got your email from a website.

aku : didn’t know my mail spread all over the net.

beliau : hope u didn’t mind.

tiba tiba, gambar profile kat YM dia keluar. gambar yang keluar jelas menunjukkan dia adalah seorang lelaki niggers. aku cool dan terus melangsungkan perbualan..

aku : ok.

beliau : can u show me your face?

masa ni aku guna gambar cendol sebagai gambar profile aku. aku pun tukar la letak gambar aku sendiri..

beliau: thanks.. 🙂

aku : ok.

beliau : where are you from?

aku : malaysia. u?

beliau : i see.. well i’m from nigeria.

aku : ok.

beliau : what do you do?

aku : i’m a student doing a bachelor degree. what do you do?

beliau : well, i’m helping my father selling car parts.

aku : ok.

beliau : when you will get married?

aku : (terkedu sebentar) dont know. still haven’t found the perfect girl.

beliau : girl?

aku : yah..of course. (sambil menggaru kepala)

beliau : well i know a lot of girls here that may suite you. and they do f**k very well..

aku : ok.. thanks for that.

perbualan kami terhenti sebentar. pada masa ni, aku sedang berborak-borak dengan zack yang kebetulan datang dan bermalam kat rumah aku.

beliau : i thought you are gay.

aku : f**k. where the hell you got my email??

beliau : i got it from my bloglog list. sorry if its hurt you..

aku : $%%^#*%&(*&%^$

beliau : i’m really sorry if it hurts you that much. please give me a call. this is my phone number.. +100-34***872

serta merta aku appear permanently offline, dan terus delete id dia dalam friendlist aku. dammnn….

kehidupan yang digital

cari makan

dulu, aku seorang yang addict terhadap komputer. minat aku terhadap komputer membuatkan aku sanggup tak tido semata-mata untuk mendalami sesuatu berkenaan komputer. aku bukan gamers. aku tak addict main game macam kebanyakan orang. dota? maksud dota pun aku tak tau ape.  so… aku ni geek ke? haha.. bila orang kata aku geek, aku marah. sebab aku tak suka perkataan tu, dan aku tak suka imej seorang geek yang berkaca mata tebal, hidup tak terurus, tak ada life, benda paling utama dalam hidup dia, komputer, game. aku cuma minat. passion la orang kata. aku pernah buat bisnes kecil-kecilan membaik pulih komputer. sampai sekarang pun, orang still tanya aku bila ada masalah komputer. nilah bisnes kad aku mase tu..

business card

hehe… siap ada bisnes kad. tapi sekarang da tak buat lagi. pencen. penat. yelah.. bekerja sorang sorang. sekali datang sampai 6 7 komputer dan laptop. penat gile. dengan assignmentnya lain, dengan kuiz, test. kadang-kadang aku hold laptop customer sampai 2 minggu sebab tak cukup masa.

bukan nak kata aku ni pro sangat pun bab bab komputer. sikit-sikit boleh la.. buat cari makan. sekarang ni pun desire aku terhadap komputer da berkurang. sebab da malas. so.. kebanyakan benda benda yang aku pelajari dulu, aku sumbatkan kat blog ni, sebagai rujukan aku sendiri di masa hadapan.

kehidupan yang digital, huh?

pernah satu ketika, aku berkata pada diri sendiri,

kan best kalau hidup ni digital.boleh fast forward, boleh rewind, boleh tekan Ctrl + Z untuk undo, boleh copy paste, boleh delete, boleh skip..

kadang-kadang aku sendiri terfikir, hidup aku ni macam dah dipengaruhi oleh kecanggihan komputer. segalanya mudah. kuasa ada dihujung jari. dengan hanya sekali klik, semua boleh jadi. apa sahaja yang kita nak, semua boleh dapat. bila ada benda yang kita tak suka, kita boleh undo atau delete ikut sesuka hati.

sampaikan kadang-kadang, aku tak takut nak hadapi masalah. walaupun kadang-kadang masalah tu boleh membinasakan diri aku sendiri. sebab, aku tak fikir pun apa yang akan jadi lepas tu. orang kata, main redah je.. aku jadi malas berfikir. kalau kita taip report guna microsoft word, bila tersalah taip, kita boleh tekan backspace, atau delete. bila tersalah adjust tab, atau tersalah paste gambar, kita boleh tekan undo. tak kesah lah taip salah salah pun awal awal, sebab lepas tu kita boleh edit semula. dan, bila kita nak tau sesuatu, atau tak tau sesuatu, kita boleh search kat google. macam tu lah yang aku cuba aplikasikan dalam hidup aku. mindset aku, tak ada benda dalam dunia ni yang susah. aku rasa ni lah side effect akibat terlalu taksub dengan komputer dulu-dulu.

tapi, kalau difikir-fikir, best jugak kalau kehidupan realiti kita sekarang ni didigitalkan. macam dalam cerita Click lakonan Adam Sandler. dalam cerita tu, dia ada remote control yang boleh kawal pergerakan semua yang ada di sekeliling dia. dia boleh pergi ke masa depan, masa silam, ikut sesuka hati. pergi masa depan, untuk tahu apa akan jadi selepas dia buat something. pegi masa silam, untuk perbetulkan balik kesilapan yang dia telah buat. ohh…. alangkah bestnya kalau remote tu betul-betul ada kat tangan aku sekarang ni…. (ehh.. remote tu bleh pause kan? tiba tiba idea jahat datang.. >:8p … ok stop2.. bulan puasa)

hm…. sometimes, bila aku da buat sesuatu kesilapan, atau mengalami seseuatu peristiwa yang mengaibkan, aku rasa macam nak erase je semua memory yang ada kat dalam kepala otak aku ni. kalau ada reset button lagi bagus. tekan je terus hilang semua benda. terus jadi someone new, yang innocent..

2 days..

it has been 2 days.. two days of suffer. two days of determination and will. it has been a long time since i threw that words from my mouth.

apart from that, i cant keep my head off that thing. always been thinking of it. damn…..

the biggest burden i’m facing are the problems and pressure i had. every time i think of it, i felt depressed. every time i felt depressed, i think of “it”.

hopefully, i can keep on staying apart from that thing… damn nicotine……

turn 23

pejam celik, pejam celik, dah 23 tahun. rasa macam sekejap gila masa berlalu. kadang kadang ada rasa macam baru habis sekolah. kadang kadang ada rasa macam baru abis matrik. dan kadang kadang ada jugak rasa macam baru je daftar masuk U 4 tahun lepas. rasanya macam tak banyak perubahan yang ada kat diri aku sejak zaman-zaman tu berlalu..

harini, 18 ogos 2009, aku berusia 23 tahun.. tahun depan, 24… tahun lagi satu 25,.. pastu 26, 27, 28, 29, ..50, 51, .52…..

makin lama makin tua. kan best kalau masa ni tak bergerak. stay je camni. umur 23 sampai bila bila. muka pun tak berkedut, kudrat yang ada pun tetap je camni. bila kata hari jadi, mesti tanya pasal azam baru. so… ape azam baru aku?

sebenarnya… aku sendiri pun tak pernah fikir apa azam baru aku. aku buat apa yang aku rasa aku nak buat. dan aku tak buat bila aku rasa malas.

tapi…sepanjang aku hidup, aku rasa umur 22 lah yang paling banyak dugaan, cabaran, dan tekanan. memang aku tak pernah depress sampai tahap camtu sebelum ni.

nak buat camana, nak tak nak kena jugak lalui. orang kata, dalam hidup, mesti ada sekali kita jatuh. dan aku harap, yang itu adalah first and last.

sometimes, kita, manusia, cross over some lines that were made. manusia memang tak leh lari dari melakukan kesilapan. kesilapan yang kita lakukan, kadang kala dilakukan bukan sebab keinginan, bukan datang dari hati sendiri. tapi atas sebab nafsu, dan godaan syaitan. syaitan paling suka goda manusia yang jiwanya sedang kacau dan lemah. tapi percayalah, Allah maha pengampun..

Astaghfirullah-al Aziim..

so…. sebagai azam baru….. aku cuma nak terus pandang ke depan. dan tidak akan toleh ke belakang lagi. segala kekecewaan dan tekanan yang aku lalui, cuma akan memperlahankan dan menyekat perjalanan hidup aku.ok enough already.

…………..

teringat pulak zaman dulu dulu kena prank ngan kawan kawan time befday. masa zaman matrik, kena jirus air sebaldi dari tingkat atas. punya la baek budak budak ni pancing ajak gi beli rokok kat bilik member, skali kena prank. bukan sebaldi sebanarnye. tapi berbaldi baldi. sampai rosak terus henset aku dalam poket. haha.

masa da masuk U plak, lagi lah. kena balling telur. peh… tu lagi takde belas kasihan. keteeppeekkkk~… ha camtu lah bunyi dia telur dipecahkan kat atas kepala, bukan pecahkan telur macam nak goreng telur… tapi dibaling kuat2. kena kat belakang badan lagi….. pehhh…. bisa.. paling tak leh bla… bau lekat. satu rumah bau telur. pastu baju, memang konfem bau.. kepala, rambut… peh.. 2 3 hari gak tu baru hilang betul betul bau dia..

haha… tapi korang memang best la.. memori memori tu semua memang takkan hilang ditelan zaman. da tua tua esok nanti, konfem tergelak sorang sorang bila ingat ingat balik. haha..

aku harap, dengan usia yang semakin meningkat ni, aku dapat menjadi seorang yang lebih baik. baik dalam apa jua bidang yang aku ceburi. semoga Tuhan sentiasa tunjukkan aku jalan yang benar..

dalam kesempatan ni, aku nak thanks kat semua orang yang penah hadir dalam hidup aku. kalau nak tulis kat sini, rasanya sampai esok pun tak abis tulis. you know who you are. thanks so much!