aku suka..

semua orang dalam dunia ni ada benda yang die suka. binatang ade ke? tak tau lah kalau binatang pun ade interest. sebab aku bukan binatang.  kalau kata arnab suka mkan lobak, itu bukan suka. itu adalah tabiat.

aku saja buat list ni supaya aku sendiri tau ape yang aku nak sebenarnya dalam hidup ni. aku taknak jadi seorang yang kerja sebab terpaksa. bangun pagi pagi, gi kerja, balik kadang sampai malam, kerja pun penat. kalau gaji pun besar kire berbaloi la jugak. tapi… sampai bile nak camtu?

kalau fikir fikir balik, hidup kite ni macam hamster sebenarnye. duduk dalam sangkar. lari kat roller tu sampai penat. pastu makan kuaci. lepas makan tido. bangun tido main lagi lari  lari.  camtu je lah.  setiap hari. robert kyosaki kata dalam buku dia, rich dad poor dad,  hidup kita ni ibarat “rat race”. setiap hari kita akan ulang benda yang sama. melainkan, kita ada buat something yang boleh keluarkan kita dari rat race tu. macamana? kena lah baca buku tu… takkan smua aku nak crite kot.. haha

so… here it goes :

  1. aku suka muzik instrument. gitar, drum, bass, keyboard dan segalanya melibatkan muzik. cuma nyanyi je tak reti. haha. tak smua aku reti main. tapi passion ada la. cuma takde rezeki nak blaja.
  2. aku suka komputer. segalanya pasal komputer. dlu aku addict. sebab bru bli komputer. so macam macam benda aku explore.  aku sanggup duk berjam jam depan komputer untuk explore something guna google.  banyak benda aku blajar sendiri. buat web, photoshop, flash, dreamweaver, archicad,  dan banyak lagi.
  3. aku suka art. smua bende yang pelik pelik pada aku adalah art. rumah, baju, kereta, orang…
  4. aku suka belajar benda yang aku suka. duit? masa? smua tu dah tak pikir dah. janji aku dapat kuasai bnde tu.
  5. aku suka duit. atau lebih saintifiknya bisnes. macam macam aku pernah jual. jual orang je blum lagi.. haha
  6. aku suka javelin. walau pun tak hebat.. tapi aku sangat suka sukan itu…
  7. aku suka tiru orang. yup. tapi… bukan tiru bulat bulat la. biasenya aku akan tiru, dan improve. contohnya pakaian, cara bercakap, idea, bende bende grafik, dan banyak lagi
  8. takde idea lah plak.. nanti kalau ade aku tambah

post ni sebenarnya nak memberitahu diri aku sendiri, ape passion aku. ape bende yang betul betul aku nak buat dalam hidup. sebab… pernah satu ketika, aku termenung sendiri. masa tu memang banyak benda aku nak commit. busy. kusut. semua ada. pastu aku terfikir.. kenapa semua benda aku nak capai dalam satu masa? apa yang aku nak sebenarnya? memang tension ar masa tu. kalau nak kate minat, semua benda kita nak minat kan. tapi sampai bila nak minat je? last last… kita buat kerja yang memang tak pernah terlintas langsung dalam otak kita. kerja pun terpaksa. kalau tak terpaksa pun, pasrah. yelah… takkan tak kerja duk umah goyang tutt je. nak makan ape?

sebagai penutup kata, aku selitkan serangkap peribahasa sebagai tatapan aku sendiri di kala bosan.

yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran..

Advertisements

kenapa aku berblog?

kenapa aku berblog? aku ada blog sebenarnya.. tapi blog tu smuanya pasal komputer. da lama da blog tu wujud kat muka bumi nih. sebabkan dulu dulu aku seorang yang passionate terhadap komputer, dan aku juga ada menjalankan bisnes repair komputer secara kecil kecilan kat universiti aku yang tercinta. so bile aku terjumpa benda benda baru yang aku explore, aku akan sumbat kat blog tu.  blog tu pagerank 3 beb. haha…

so blog yang ni aku buat semata-mata bertujuan untuk aku berblog. sebagai tempat aku menulis. aku memang tak pandai menulis sebenarnya. sangat sangat tak pandai.  so konon kononnya,  dengan berblog nih aku harap ia dapat meningkatkan kemahiran insaniah aku dalam menulis dan berkata kata.

aku seorang yang tak pandai berkata kata. aii menulis tak pandai, cakap tak pandai… ape yang ko boleh? aku pun tak tau…

aku dalam dilema sebenarnya… aku sedang berusaha mencari keupayaan.. passion.. sesuatu yang aku enjoy buat walaupun terpaksa membanting tulang. bak kata encik zaki, aka supervisor PSM, aka lect subjek Building Constrution aka IDOLA aku..

.. buat sesuatu kerja dengan prinsip, bukan dengan duit..

betul kata dia.. buat sesuatu kerja memang dengan prinsip. duit akan menyusul kemudian. baru orang kate passion.. hm.. macam blog ni lah. dlu aku buat blog ni mmg tujuan duit kot.. adsense lah, nuffnang lah, advertlet lah, bla bla… tapi sebabkan takda passion, kebanyakan post semuanya adalah copy and paste.

so… kali ni aku cuba untuk memperbaiki diri aku sendiri dengan berblog, dengan passion.  harap harap misi aku tercapai.. aminn..

salam.sejahtera.dunia

Ini adalah post pertama aku. baru nak berjinak jinak guna wordpress. so… tak de ape nak cakap.